Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KURSUS REKA BENTUK GRAFIK MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Admin-Haeida

24 June 2025

21

508678033 1268442795281183 2761950116105738148 n 510442575 1268442761947853 5481866858762678030 n

509424623 1268442805281182 8743775889964801252 n 509542801 1268442808614515 8081228643014836902 n

                                                               509255525 1268442738614522 255948504156917488 n

SHAH ALAM, 19 Jun 2025 – Seramai 30 orang kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menyertai Kursus Reka Bentuk Grafik Menggunakan Aplikasi Canva yang diadakan di Bilik Komputer, Ibu Pejabat JAKESS hari ini.

Objektif utama kursus ini adalah untuk membolehkan para peserta menghasilkan bahan visual yang menarik dan profesional bagi kegunaan hebahan maklumat Jabatan. Kemahiran ini dijangka dapat meningkatkan lagi kualiti penyampaian maklumat dan perkhidmatan JAKESS kepada para pelanggan.

Selain daripada itu, kursus sehari itu juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam bidang reka bentuk grafik, khususnya melalui penggunaan aplikasi Canva yang mesra pengguna.

Bagi menjayakan kursus tersebut, JAKESS telah mengundang Encik Mohd Fauzi bin Mohd Sabri, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, sebagai penceramah.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JAKESS dalam memperkasakan kompetensi warganya selaras dengan keperluan semasa.