Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KUNJUNGAN HORMAT EXCO PGSM (SELANGOR) KE JAKESS

Admin-Haeida

29 April 2026

31

683701622 1544062564385870 2216047241858907340 n 682749263 1544062514385875 2438540400389185104 n

683121504 1544062541052539 6940236685755380075 n 680445824 1544062571052536 6422601656823367080 n

28 April 2026, Shah Alam – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Selangor) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta mempererat kerjasama antara kedua-dua institusi.

Kunjungan ini telah disambut oleh YAA Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Hakim Syarie Selangor bersama pegawai-pegawai kanan. Delegasi PGSM Selangor pula diketuai oleh Tuan Hairunnajmi bin Haji Najmuddin, Pengerusi PGSM Selangor bersama Exco dah ahli jawatankuasa.

Pertemuan tersebut menjadi platform penting bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan penambahbaikan sistem perundangan syariah di negeri Selangor, termasuk aspek pengurusan kes, pemantapan profesionalisme peguam syarie serta usaha mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai cabaran semasa serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan secara bersama demi memastikan sistem kehakiman syariah terus relevan, efisien dan berintegriti.

Kunjungan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat serta kolaborasi berterusan antara JAKESS dan PGSM Selangor dalam memperkasa institusi perundangan syariah di negeri ini.