Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JKSNS LAKSANAKAN LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JAKESS

Admin-Haeida

07 September 2026

40



                       

                       

                      

4 September 2026, Shah Alam — Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) menerusi Unit Komunikasi Korporat telah menerima lawatan penanda aras daripada rombongan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS) hari ini

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan, idea, serta amalan terbaik (best practices) berhubung pengurusan komunikasi korporat, perhubungan awam, dan strategi penyebaran maklumat institusi kehakiman syariah kepada masyarakat.

Rombongan JKSNS diketuai oleh Tuan Nik Asrul Nizam bin Mustapha Ketua Pendaftar JKSNS bersama Tuan Muhammad Jimmy bin Muhammad Azlin Ketua Unit Komunikasi Korporat JKSNS. Turut menyertai sesi lawatan berkenaan ialah Tuan Sabarudin bin Bidin, Tuan Safaruddin bin Urusli, Encik Norsujairi bin Che Shaari, Puan Mariani binti Mohamad, Encik Mohd Fauzi bin Mohd Sabri, serta Puan Siti Zulaikha binti Bakhtiar.

Ketibaan delegasi JKSNS telah disambut mesra oleh pihak JAKESS yang diwakili oleh Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKESS dan Puan Nur Diyana Afifah binti Mohd Nassir Pembantu Tadbir UKK JAKESS.

Sesi perbincangan interaktif tersebut merangkumi pelbagai aspek pengurusan media sosial, penyediaan bahan hebahan rasmi, pengurusan maklum balas awam, serta strategi memperkasakan imej positif institusi kehakiman syariah di peringkat negeri.

Diharapkan penandaarasan ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik dan hubungan silaturahim antara JAKESS dan JKSNS demi memantapkan perkhidmatan komunikasi korporat kehakiman syariah secara menyeluruh.