Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS RAIH ANUGERAH PEMENTORAN DAN PENARAFAN LIMA BINTANG PROGRAM AKRAB

Admin-Haeida

30 October 2025

44

572435025 18532211776012128 3096745975193700985 n 573188016 18532211785012128 3857464939046194903 n

                                        570637865 18532211767012128 3905046076581310778 n

28 Oktober 2025 , Subang Jaya – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) terus mengekalkan kecemerlangan apabila menerima Anugerah Pementoran Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 2025 dalam majlis yang berlangsung di Geno Hotel, Subang Jaya hari ini.

Anugerah berprestij ini menyaksikan Tempat Pertama Anugerah Pementoran disandang oleh pasangan pementoran JAKESS yang terdiri daripada Puan Nadiah binti Khamis selaku mentor dan Puan Salmizan binti Mohamed @ Jamaludin selaku menti.


Pengiktirafan ini diberikan atas kejayaan mereka melaksanakan program pementoran yang berkesan, inovatif serta memberi impak positif terhadap peningkatan kompetensi dan prestasi warga jabatan.

Selain kejayaan individu, JAKESS turut mencatat pencapaian berganda apabila menerima penarafan lima (5) bintangbagi dua kategori utama, iaitu Standard Kualiti Pelaksanaan Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2025.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen JAKESS dalam memperkasa pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program pementoran dan bimbingan yang sistematik, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

Kejayaan berganda ini sekali gus mengukuhkan kedudukan JAKESS sebagai jabatan peneraju dalam memperkasa agenda pembinaan kapasiti dan kesejahteraan warga kerja di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.