Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Program Taklimat dan Latihan Kebakaran di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

MRS Hulu Selangor

23 August 2024

365

23 Ogos 2024 – Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor (MRS Hulu Selangor) dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Program Taklimat dan Latihan Kebakaran pada hari ini kepada warga MRS Hulu Selangor. Latihan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Taklimat yang bertajuk “Pencegahan Kebakaran” ini telah bermula pada jam 9.30 pagi, dengan kata aluan daripada Puan Noor Anisah binti Tuyot @ Suyot, Penolong Pendaftar MRS Hulu Selangor yang mewakili Ketua Pejabat. Manakala taklimat telah disampaikan sendiri oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Tuan PPgB Wan Aslam bin Md Hasri dan telah disertai oleh 21 orang yang terdiri daripada kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor, pelajar praktikal, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan.

Setelah selesai sesi taklimat, para anggota telah membuat demostrasi dan latihan amali menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul. Beberapa peserta juga turut diberi peluang mencuba mengendalikan sendiri alat pemadam api dengan panduan dari anggota bomba yang hadir.

Selain latihan memadam api, peserta turut didedahkan dengan tatacara pengosongan bangunan sehingga bencana dapat di atasi. Program seperti ini bukan sahaja dapat memberikan pendedahan tentang kepentingan pengetahuan menguruskan bencana kebakaran, bahkan turut menanam keyakinan peserta untuk mengendalikan alat pemadam api dan mengurus bencana dengan cara yang betul sekiranya bencana berlaku di lokasi. Program ini berakhir tepat pada jam 12.00 tengah hari.