Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Kuliah Tafaqquh Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) Siri 1/2024

MRS Hulu Selangor

11 March 2024

404

7 Mac 2024- Tuan Mohamed Hizwan Bin Mohamed Nor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah dijemput untuk menjadi penceramah dalam  Kuliah Tafaqquh Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) Siri 1/2024. Kuliah Tafaqquh ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor. Kuliah yang bermula pada jam 2.30 petang diadakan di Bilik Mesyuarat, PAID Hulu Selangor.

Kuliah yang bertajuk "Permohonan berkahwin menggunakan Wali Hakim dan isu-isu Wali Enggan" dihadiri oleh para Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan(PPP) Daerah Hulu Selangor seramai 30 orang. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman para peserta  berkenaan isu wali hakim dan isu wali enggan dari sudut undang-undang. Seterusnya, pendedahan tentang isu-isu dan konflik semasa dari kes-kes Mahkamah Syariah serta peranan dan tanggungjawab pendaftar dan PPP berkaitan permohonan wali hakim dan isu wali enggan. Program ini tamat pada jam 5.00 petang dengan sesi bergambar dengan para peserta.