Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 dan Jasamu Dikenang

MRS Gombak Timur

15 May 2023

1144

 

12 Mei 2023 - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 dan Jasamu Dikenang bertempat di Hotel Concorde. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan serta meraikan mereka yang telah bertungkus lumus dalam memberikan khidmat dan sumbangan  di Jakess. Di samping itu adalah untuk menghargai kakitangan yang akan bersara pada tahun 2023. Tahniah diucapkan kepada kakitangan MRS Gombak Timur iaitu Encik Amaluddin Bin Azman kerana telah dianugerahkan Petugas Kaunter Terbaik. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada semua penerima anugerah dan diharapkan anugerah seperti ini menjadi satu suntikan semangat kepada kakitangan lain untuk berusaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di Jakess.