MAJLIS AMANAT KETUA HAKIM SYARIE DAN PERHIMPUNAN JABATAN BIL. 1 TAHUN 2025 (JAKESS)






17 Januari 2025, Dewan Muktamar Aras 2, JAKESS - Sekitar Majlis Amanat Ketua Hakim Syarie dan Perhimpunan Jabatan Bil. 1 Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Muktamar pada jumaat lalu.
Majlis dimulakan dengan ucapan amanat oleh YAA Dato’ Mohammad Adib Bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor yang menekankan aspek pembaharuan budaya kerja yang lebih cemerlang bagi tahun baru ini.
Seterusnya warga JAKESS disajikan dengan ceramah bertajuk Unsafe Act di Pejabat: Kesedaran dan Tanggungjawab Bersama disampaikan oleh Encik Helmi bin Abdul Rahim, Pemeriksa Kilang dan Jentera JKKP Selangor Seksyen Higien Industri.
Majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Oktober hingga Disember 2024 dan penyampaian pemenang poster berpakaian JAKESS anjuran Unit Pematuhan Syariah.
Majlis berakhir dengan nyanyian lagu Perkhidmatan awam sebagai sebuah simbolik warga JAKESS bersedia menjalankan tugas dengan penuh semangat dan amanah bagi tahun 2025.
Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan memberi manfaat buat seluruh warga JAKESS yang dikasihi.