Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LAWATAN AKADEMIK UIN MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG KE JAKESS

Admin-Haeida

21 May 2026

50

703906918 1564727528986040 5385197603110555211 n 703111763 1564727472319379 7611019547377918189 n

704565051 1564727595652700 8227584823054963074 n 703978744 1564727672319359 3483888966451382881 n

704947147 1564727668986026 5069522732457678446 n 703914918 1564727665652693 324874463766674833 n

19 Mei 2026, Shah Alam – Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima kunjungan delegasi akademik daripada Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Indonesia dalam satu lawatan akademik yang bertujuan memberikan pendedahan mengenai sistem dan pengurusan kehakiman syariah di Negeri Selangor.

Delegasi seramai 24 orang yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar telah disambut oleh Puan Salwani binti Khalid, Ketua Pendaftar JAKESS dan para pegawai serta urusetia. Lawatan dimulakan dengan sesi lawatan ke Dewan Bicara Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi memberi gambaran secara langsung mengenai perjalanan prosiding dan kemudahan mahkamah syariah di Selangor.

Seterusnya, delegasi berkumpul di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, JAKESS untuk mengikuti sesi taklimat bertajuk Pengenalan Mahkamah Syariah yang disampaikan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pendaftar JAKESS.

Taklimat tersebut merangkumi struktur pentadbiran kehakiman syariah, bidang kuasa mahkamah, sistem pengurusan kes serta inisiatif transformasi perkhidmatan yang dilaksanakan oleh JAKESS dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Delegasi UIN Maulana Malik Ibrahim Malang diketuai oleh Risma Nur Arifah, Ketua Program Kelas Antarabangsa, Fakulti Syariah, dan Erik Sabti Rahmawati, Ketua Program Pengajian Undang-Undang Keluarga Islam. Turut mengiringi delegasi ialah Prof. Madya Datin Dr. Rafeah Saidon, Dr. Fadziani Yakub dan Dr. Muhammad Hamizan Ab Hamid dari Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, bersama-sama 19 orang pelajar UIN Maulana Malik Ibrahim Malang.

JAKESS berharap lawatan akademik seumpama ini dapat terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta menyumbang kepada pembangunan ilmu dan amalan perundangan syariah di peringkat serantau.