HAKAM
PENGERTIAN TAHKIM
Tahkim dari sudut etimologi bermaksud "memberi kuasa menjatuhkan hukuman kepada seseorang" atau "menjadikan (menyerahkan) hukuman pada sesuatu yang bagi engkau kepada orang lain" atau "pengambilan seseorang oleh dua orang yang bertikai dengan persetujuan keduanya, supaya orang itu menyelesaikan pertikaian dan dakwaan keduanya".
Manakala dari sudut terminologi bermaksud "satu proses di mana pihak-pihak yang bertikai melantik seseorang untuk menjadi hakam bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul di antara mereka berlandaskan hukum Syara".
Pelaksanaan Tahkim di dalam Mahkamah Syariah berlaku apabila individu lain yang diserahkan tugas oleh pihak-pihak atau diserahkan tugas oleh Mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian dan persengketaan pihak-pihak dalam perkahwinan melalui Majlis Tahkim sama ada penyelesaian melalui cara perdamaian atau perceraian.
Orang yang dilantik oleh pihak-pihak bagi mengadili pertikaian tersebut dinamakan sebagai Hakam atau Muhakkam. Manakala majlis atau pertemuan yang diadakan itu dinamakan sebagai Majlis Tahkim.
Maksud Hakam
Hakam dikenali sebagai arbitrasi atau timbang tara dan boleh diertikan sebagai memberi kuasa menjatuhkan sesuatu hukuman kepada seseorang. Manakala dari sudut istilah iaitu satu proses dimana pihak-pihak yang bertikai melantik seseorang atau hakam bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul di antara pihak-pihak berlandaskan hukum syarak.
PERUNTUKAN UNDANG - UNDANG
Seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014
Hakam
Seseorang penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri.
Shiqaq
Perkelahian antara suami dan isteri yang berlarutan sehingga menjejaskan kerukunan rumah tangga.
Majlis Tahkim
Sesi timbang tara yang melibatkan pertemuan suami dan isteri bersama dengan Hakam untuk tujuan perdamaian atau perceraian dengan lafaz talaq atau khul’.
Hakam kerabat
Nama lainnya Hakam Wakalah ialah penimbang tara yang dilantik oleh suami dan isteri dalam kalangan saudara mara masing-masing, terdiri daripada lelaki atau perempuan , yang memenuhi kelayakan seorang Hakam serta mempunyai pengetahuan asas dalam hal kekeluargaan dan Hukum Syarak untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri.
Anggota Panel Hakam
Panel Hakam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor atas cadangan Jawatankuasa Hakam yang berperanan sebagai penimbang tara yang diberi kuasa penuh oleh oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri.
Proses Hakam bermula apabila suatu permohonan di bawah seksyen 47 difailkan oleh isteri dan suami enggan menceraikan isteri. Perlantikan Hakam dibuat selepas gagal proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan mahkamah mensabitkan shiqaq antara pasangan suami isteri tersebut.
SENARAI ANGGOTA PANEL HAKAM
- Tuan Abdul Shukur bin Idris
- Tuan Mohd Ramizi bin Remli
- Tuan Mastori bin Marsidi
- Tuan Hj Mohamad Tawadz’o bin Abbas
- Tuan Hamzah bin Abu Seman
- Tuan Syed Walid Al Giffa bin Syed Ibrahim
- Tuan Muhammad Zahid bin Azhar @ Nadzri
- Tuan Kamaruddin bin Arshad
- Tuan Mohd Solihin bin Hj Ghazali
- Tuan Abdullah bin Mat @ Muhamad
- Tuan Daim bin Jajuli
- Tuan Izrain bin Ismail
- Tuan Husni bin Abdullah
- Dr. Zulkefli bin Aini
- Tuan Ahmad Baei bin Jaafar
- Tuan Md Nasrin bin Hj Muti @ Basir
- Tuan Muhammad Adib bin Rashid
- Tuan Bambang Eirman bin Bahudin
- Tuan Mohd Saifullah bin Abu Bakar
- Tuan Miskandar @ Nasiruddin bin Mohamad
- Tuan Rose Efendi bin Marjumat
- Tuan Mohd Zanzuari bin Husain
- Tuan Mohd Izwan bin Jamaludin
- Tuan Mohd Samurin bin Hj Tahir
- Tuan Syahir bin Mesron
- Tuan Mohd Asri bin Noordin
- Tuan Misran bin Salimin
- Tuan Mohd Tanggali bin Haji Jamaluddin
- Tuan Mohd Yusof bin Mohd Sirat
- Tuan Mohd Basri bin Hj. Peranto
- Tuan Abu Mokhtar bin Husin
- Tuan Mohd Firdaus bin Akhtar
- Tuan Mohd Faisal bin Mohd Noor
- Tuan Muhammad Syamir bin Mahmud
- Tuan Mohamad Rais bin Rasid
- Tuan Eizzul A’la bin Bajuri
- Tuan Farzad bin Abdul Jalil
- Dr. Hj Shadli bin Sabarudin
- Tuan Wan Abdullah Shahir bin Wan Abd Hamid
- Tuan Syuhaidi bin Surani
- Tuan Mohammad Haris bin Halim
- Tuan Mohamad Yazid Hazim bin Abdullah Khairani
- Tuan Mohamad Nu’aim bin Mohamad Nasir
- Tuan Muhammad Ammar Yaser bin Ahmad Nazri
- Tuan Muhammad Firdaus bin Azman
- Tuan Mohd Asri bin Ali
- Tuan Ahmad Shuhaimi bin Md Isa
- Tuan Ammar Mustaqim bin Faisal Azni
- Tuan Mohd Faidzul bin Mohamad Noh
- Dr. Mohd Huzairi bin Awang @ Husain
- Tuan Muhammad Amirul Akmal bin Ismail
- Tuan Muhamad Razif bin Ibrahim Muniandy
- Tuan Muhamad Rafee bin Rahman
Pihak-pihak tidak perlu membuat permohonan untuk Majlis Tahkim. Mahkamah yang akan membuat keputusan sama ada Majlis Tahkim diperlukan atau pun tidak. Prosiding Majlis Tahkim bermula selepas pelantikan Hakam dibuat. Majlis Tahkim ada dua peringkat iaitu peringkat Hakam Kerabat (keluarga) dan Hakam Panel Mahkamah. Pihak lain atau peguam syarie tidak dibenarkan hadir dalam Majlis Tahkim. Peguam Syarie boleh bertindak sebagai Hakam suami atau isteri dengan syarat tidak pernah terlibat dengan mana-mana prosiding lain di Mahkamah yang berkaitan dengan suami atau isteri tersebut.
Antara persediaan pihak-pihak sebelum menghadiri Majlis Tahkim:
- Tahu matlamat Majlis Tahkim iaitu mencapai perdamaian atau perceraian;
- Mengetahui punca perselisihan/ shiqaq;
- Memahami penerangan proses Majlis Tahkim oleh Hakam; dan
- Berusaha sebaik mungkin untuk mencapai penyelesaian.
Terdapat dua peringkat:
1) Peringkat Hakam Kerabat - Hakam suami melafazkan talaq setelah mendapat keizinan daripada suami.
2) Peringkat Hakam Mahkamah - Hakam suami melafazkan talaq setelah mendapat kebenaran Mahkamah.
Tempoh pelaksanaan Majlis Tahkim adalah tiga puluh hari dari tarikh perintah pelantikan dan tidak melebihi sembilan puluh hari. Keengganan suami hadir dalam Majlis Tahkim tidak menyebabkan prosiding terhenti dan Hakam boleh membuat keputusan.
Prosiding Majlis Tahkim dilaksanakan di Mahkamah atau di mana-mana lokasi dengan kebenaran Mahkamah. Prosiding Majlis Tahkim bersifat rahsia.
Prosiding Majlis Tahkim terhenti, jika—
(a) suami atau isteri itu mati;
(b) suami atau isteri tidak sempurna akal;
(c) Hakam menarik diri sebagai Hakam; dan
(d) wujud sebab lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.
Keputusan Majlis Tahkim tidak boleh dirayu, hanya boleh disemak.
Hukum talaq peringkat Hakam Kerabat adalah Raji' manakala peringkat Hakam Panel Mahkamah dengan kuasa penuh adalah Bain Sughro dan bekas suami tidak boleh merujuk bekas isterinya semula melainkan dengan akad nikah yang baru. Penyelesaian kes melalui Hakam dapat diselesaikan dengan segera lazimnya dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pelantikan Hakam berbanding ta’liq dan fasakh.
Kadar 'iwadh (tebus talaq dengan pampasan sama ada wang atau harta) bagi perceraian secara khul' melalui Hakam diputuskan oleh kedua-dua hakam suami dan isteri.
13 Jun 2023 – Lawatan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) oleh Brigedier Jeneral Zainal Abidin bin Mohamed Salleh kepada YAA Ketua Hakim Syarie . Antara fokus perbincangan adalah berkenaan dengan Sulh dan Hakam selain usaha serta kerjasama kedua-dua pihak dalam penganjuran, keterlibatan tenaga penceramah, pelantikan hakam dikalangan anggota tentera dan pelbagai isu berkaitan penyelesaian alternatif .
2 April 2023 - Forum kepada komuniti setempat di Puncak Alam, Kuala Selangor berkaitan Sulh/ Hakam dan BSK dalam Program Jom Karnival Raya anjuran NGO dengan kerjasama Pejabat YB Exco Dr Siti Mariah bt. Mahmood , JAKESS, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi. Panel terdiri daripada Tuan Fairus bin Jaafar (Ketua ADR), Puan Siti Nazratul Ain binti Sulaiman, Penolong Pengarah BSK Selangor dan dimoderatorkan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman.
6-7 Oktober 2023 - Kursus Pemantapan Hakam Negeri Selangor melibatkan perserta seramai 35 orang dalam kalangan anggota Panel Hakam yang dilantik. Bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.
8 September 2023 – ADR JAKESS telah mengadakan Muzakarah Hakam Negeri Selangor bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang bagi menghimpunkan dan membincangkan isu-isu dan masalah sepanjang pelaksanaan Hakam di Mahkamah Syariah Selangor. Muzakarah telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor telah mencapai beberapa resolusi untuk dilaksanakan.
30 Ogos 2023- Lawatan Kerja ADR JAKESS ke Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum , USIM yang membincangkan tentang pelantikan Hakam dikalangan jurubahasa isyarat berkemahiran Syariah, program kerjasama latihan kepada Panel Hakam ilmu asas Bahasa Isyarat Islam, penerbitan enakmen khas OKU dan perancangan program literasi undang-undang melibatkan OKU pekak, bisu dan buta. Mengetuai rombongan YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain dan disambut oleh Ketua Ibnu Ummi Maktum Research Centre Dr Haji Norakyairee bin Mohd Raus.
01 Ogos 2023 - Penyertaan Pameran ADR JAKESS dalam program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Anti Gangguan Seksual di MAEPS,Serdang. Turut hadir di booth pameran JAKESS perasmi program YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Sukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
14 Julai 2023 - Muzakarah Hakim Syarie. Sesi penerangan berkaitan Kertas Kerja Geran Penyelidikan MAIS , Panduan penentuan Kadar I’wadh dalam Majlis Tahkim telah diadakan kepada Hakim-Hakim Syarie berdasarkan keperluan dan keadaan semasa menurut undang-undang dan Hukum Syarak.
12 Oktober 2023 – Pameran ADR (Sulh & Hakam) dan BSK sempena Forum Hal Ehwal Islam RTM bertajuk “Luka Semalam” Peringkat Negeri Selangor anjuran MAIS yang bersiaran langsung dari Dewan Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
18-19 Oktober 2023 – Pameran ADR (Sulh & Hakam) sempena Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan (ICEC) Kementerian Pendidikan Malaysia di The Everly, Putrajaya.
Borang-borang Berkaitan Hakam
-
- Borang Permohonan Menjadi Panel Hakam
- Laporan Majlis Tahkim
- Borang Tuntutan Elaun Hakam
- Notis Pemecatan Hakam
- Sighah Talak dan Khulu'
- Borang Wakalah dan Penerimaan Hakam Isteri
- Borang Wakalah dan Penerimaan Hakam Suami
- Borang Pelantikan Hakam Isteri oleh Hakim
- Borang Pelantikan Hakam Suami oleh Hakim
- Borang Pelantikan Hakam Isteri oleh Hakim Kuasa Penuh
- Borang Pelantikan Hakam Suami oleh Hakim Kuasa Penuh
- Borang Notis Pewakilan Kuasa Penuh oleh Isteri
- Borang Notis Pewakilan Kuasa Penuh oleh Suami
Keanggotaan Jawatankuasa Hakam 2024-2026
Pengerusi
YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain Ketua Hakim Syarie
Timbalan Pengerusi
YA Tuan Salehan bin Yatim
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Setiausaha
Puan Nenney Shuhaida binti Shamsuddin Ketua Pendaftar JAKESS
Anggota (7 orang)
Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor atau wakilnya
Tuan Mohd Hairuddin Ab Rahim Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Penasihat Undang-Undang MAIS atau wakilnya
Dr. Zulkifli bin Aini
(Mahir hukum syarak)
Tuan Moeis bin Basri
(Mahir hukum syarak)
Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk atau wakilnya
Prof. Datin Raihanah Abdullah (Mahir hukum syarak)
CARTA RINGKAS ALIRAN KERJA PROSES HAKAM