Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertujuan untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. BSK diwujudkan bagi memastikan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh bekas suami/bapa kepada bekas isteri/anak-anak.