Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

Aktiviti Pengasingan Rekod Bagi Tujuan Pelupusan

MRS Shah Alam

28 آذار/مارس 2022

2385

Aktiviti pengasingan rekod bagi tujuan pelupusan telah dijalankan pada 16 Februari dan 11 Mac 2022. Ianya melibatkan fail kes mal bagi tahun 2003 hingga 2005. Aktiviti ini adalah sebahagian aktiviti tahunan yang melibatkan warga kerja dan dibantu oleh para pelajar yang sedang menjalani latihan amali di pejabat ini. Tindakan ini akan meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran menerusi pelupusan rekod secara efisien dan sistematik, menjimatkan perbelanjaan pengurusan sesebuah pejabat awam, penggunaan ruang simpanan rekod secara lebih ekonomik, mematuhi keperluan perundangan dengan mengenal pasti serta memisahkan bahan-bahan rekod yang berpotensi untuk dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan pada masa akan datang. Sebanyak 1608 fail telah dikenal pasti untuk dimajukan kepada ARKIB Negara Malaysia bagi tujuan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.