Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Audit Dalam di MRS Hulu Selangor Tahun 2026

MRS Hulu Selangor

12 آب/أغسطس 2026

40



                     

                                                                           

10-11 Ogos 2026 – Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menjalani Program Audit Dalam Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bagi Tahun 2026 selama dua (2) hari, bermula 10 Ogos 2026 dan 11 Ogos 2026.

Pengauditan ini diketuai oleh Tuan Mohd Faizal bin Habib selaku Ketua Pasukan Audit Dalam, bersama Pasukan Audit Dalam yang terdiri daripada Puan Noranizan binti Mohd Sufian, Tuan Mohd Syafiq bin Tan Sri Ibrahim, Tuan Mohd Aminullah bin Bahrin, Puan Sri Kauthar binti Mohamad Banun, Tuan TS Muhammad Ariff bin Mustapha, Tuan Abdul Hadi bin Umar, Tuan Nor Khishamuddin bin Md Nor dan Puan Siti Maizatulmaiza binti Jamal.

Pengauditan ini bertujuan menilai tindakan susulan penemuan audit terdahulu serta menyemak pengurusan perkhidmatan kes Mal, Jenayah, Rayuan dan Faraid, di samping aspek pentadbiran, aset dan perkhidmatan sumber luar bagi memastikan pematuhan terhadap standard dan piawaian kualiti yang ditetapkan.

Penemuan dan teguran yang dikemukakan oleh Pasukan Audit Dalam telah diterima baik oleh warga MRS Hulu Selangor. Semoga hasil pengauditan ini dapat menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan serta peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan.