Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor

LAWATAN PENANDA ARAS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA SELANGOR

MRS Kuala Selangor

14 آذار/مارس 2023

1148

14 Mac 2023, Selasa - Jawatankuasa Audit Dalam EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Nurul Hidayah binti Jani, Timbalan Ketua Pasukan JK Audit Dalam EKSA JAKESS.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA disamping berkongsi pandangan mengenai amalan baik yang boleh dijadikan contoh di semua lokasi.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil lokasi MRS Kuala Selangor, Tuan Mohd Fakhrurrazi bin Mahammad dan ucapan balas Puan Nurul Hidayah binti Jani. Kemudian, semua auditor dibawa melawat ke lokasi dan telah diterangkan dengan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh lokasi tersebut.

#jkauditeksajakess