Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Perkhidmatan Klinik Guaman Syarie oleh Jabatan Bantuan Guaman Syariah Negeri Selangor di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

MRS Hulu Selangor

16 حزيران/يونيو 2025

54

16 Jun 2025 – Perkhidmatan Klinik Guaman Syarie telah dilaksanakan oleh Jabatan Bantuan Guaman Syariah Negeri Selangor (JBG) dengan membuka kaunter khidmat nasihat serta runding cara perundangan syariah secara percuma kepada pelanggan yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor hari ini.

Mahkamah berbesar hati menerima kunjungan dua orang pegawai wakil JBG, iaitu Puan Aiman Binti Ruslan dan Amirul Bin Faizal bagi melaksanakan program klinik tersebut. Program Klinik Guaman Syarie ini bertujuan memberikan khidmat nasihat dan pendedahan berkenaan perundangan syariah kepada orang ramai di samping membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap hak dan tanggungjawab mereka di bawah undang-undang Islam.

Pihak Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JBG atas penganjuran program ini dan berharap agar usaha murni tersebut diberkati Allah SWT serta dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat umat Islam di Selangor.