Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Mesyuarat Antara Agensi Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor Tahun 2025

MRS Hulu Selangor

18 تموز/يوليو 2025

56

18 Julai 2025 – Satu sesi Mesyuarat Antara Agensi telah diadakan bersama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor bertempat di bilik mesyuarat mahkamah dengan tujuan membincangkan perkara-perkara penting serta mencapai persetujuan bersama bagi memperkukuh pelaksanaan tugas dan tanggungjawab jabatan.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohamed Hizwan Bin Hizwan selaku Hakim Syarie mahkamah dan turut dihadiri Tuan Pegawai Tadbir Agama Mohd Khairi Bin Md Zainal serta wakil-wakil daripada jabatan tersebut. Melalui perbincangan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh muafakat ini, beberapa ketetapan telah dicapai serta dipersetujui bersama bagi memastikan segala arahan dan tindakan yang diambil adalah selaras, tersusun dan bertepatan dengan objektif jabatan.

Diharapkan hasil pertemuan ini akan menjadi asas kukuh kepada kerjasama strategik yang berterusan antara semua pihak dalam memperkasakan urus tadbir hal ehwal Islam di daerah Hulu Selangor.