Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2021, JASAMU DIKENANG, PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 3/2022 SERTA PELANCARAN PELAN STRATEGIK DAN SISTEM E-TRACE

MRS Hulu Selangor

19 أيار 2022

1994

Pada 13 Mei 2022 bersamaan 12 Syawal 1443H (Jumaat), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021, Jasamu Dikenang, Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2022 Serta Pelancaran Pelan Strategik Dan Sistem E-Trace yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam . Syabas dan tahniah diucapkan kepada wargakerja MRS Hulu Selangor, iaitu Puan Shasaliza binti Kosenin (berdiri tiga dari kanan) kerana telah menerima anugerah utama iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2021. Semoga ini menjadi satu suntikan semangat kepada kakitangan lain untuk berusaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di JAKESS. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan serta meraikan mereka yang telah bertungkus lumus memberi khidmat dan sumbangan kepada JAKESS. Turut hadir bersama pada majlis tersebut Ketua Pejabat MRS Hulu Selangor, Tuan Abdul Halim bin Abu Samah serta tiga lagi kakitangan yang lain.