Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG

MRS Ampang

26 أيار 2023

1034

MRS AMPANG, 19 Mei 2023 ─ Lokasi telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri sepanjang hari ini, di samping penerusan penyampaian perkhidmatan yang terus berjalan di peringkat kaunter dan pentadbiran.

Program ini diadakan bagi memupuk semangat setiakawan dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Kedua ciri ini penting diterap ke dalam lubuk sanubari kakitangan supaya kualiti penyampaian perkhidmatan dapat digandakan dari semasa ke semasa.

Lokasi turut menerima kunjungan Ketua Pendaftar, YA Tuan Salehan bin Yatim ke majlis ini. Kunjungan ini berjaya mengeratkan ukhwah antara pengurusan tertinggi dengan warga kerja MRS Ampang. Di samping menjamu juadah yang disediakan, tetamu dan tuan rumah telah dapat bertukar-tukar fikiran demi kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat.