SEMINAR KONSEP DAKWAH JALANAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Shah Alam, 19 Julai 2024 - Satu forum dengan nama Seminar Konsep Dakwah Jalanan kepada Orang Bukan Islam telah diadakan bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Seminar ini menampilkan Saudara Muhammad Azim bin Abdullah Suhaimin dari Pertubuhan Multiracial Reverted Muslims (MRM) sebagai panel forum, digandingkan bersama Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar sebagai moderator forum.
Diharapkan dengan penganjuran ini, dapat menambah nilai kepercayaan justeru memantapkan akidah semua kakitangan yang hadir.