Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 5 ZON SEPANG

Admin - Syafiq

24 تشرين1/أكتوير 2023

928

Literasi Zon 5 Sepang 1


Literasi Zon 5 Sepang 2

Literasi Zon 5 Sepang 3


24 OKTOBER 2023 SELASA, SEPANG - Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 5 yang membawa topik Harta: Senang Dunia, Tenang Akhirat disertai hampir 200 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, disini semalam. Seminar yang dirasmikan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor ini merupakan anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) bersama Lembaga Zakat Selangor. Seminar siri ke 5 ini dibarisi panel-panel berwibawa iaitu YBrs Puan Nenney Shuhaidah binti Shamsuddin, Ketua Pendaftar JAKESS, Puan Saphirra binti Selamat, Pegawai Undang-Undang Jabatan Bantuan Guaman Selangor, Encik Mohmad Fadzali bin Mat Piah, Pengurus Khidmat Nasihat Persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Topik harta dipilih bagi Seminar Siri ke 5 ini apabila dilihat muktahir ini, berlakunya kegagalan masyarakat Islam dalam merancang harta seterusnya memberikan impak terhadap masyarakat hingga mencetuskan kerugian kepada individu, keluarga, komuniti dan masyarakat Islam terutamanya. YAA Ketua Hakim Syarie dalam ucapan perasmian beliau berkata "Bagi membendung polemik ini menjadi semakin parah, JAKESS sebagai badan yang berotoriti mengorak langkah dengan mengambil inisiatif menganjurkan program ini sebagai platform bagi membantu masyarakat dalam memahami dan melaksanakan perancangan dan pengurusan harta berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada." kata beliau. Turut hadir pada seminar ini adalah Puan Hajah Rosnoizam Binti Abd Majid, Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Puan Maffuza Binti Saleh, Ketua Jabatan Undang-Undang Universiti Islam Selangor serta dif-dif kehormat lain. Peserta yang hadir terdiri daripada ketua-ketua kampung, iman dan AJK masjid, guru KAFA, pelajar IPT, penjawat awam daripada pelbagai agensi dan masyarakat awam di daerah Sepang. JAKESS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung serta semoga semua pihak mendapat manfaat daripada seminar ini.