Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

Program Jom Baca Bersama 10 Minit

Admin - Shafarina

18 أيار 2023

1407

18 Mei 2023 (Khamis)- Program Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah dilaksanakan secara atas talian yang melibatkan hampir 118 orang warga kerja telah diadakan. Program ini merupakan salah satu inisiatif menggalak dan memupuk budaya membaca dikalangan warga kerja JAKESS seterusnya menjadikan rakyat Malaysia berilmu bertaraf dunia selari dengan slogannya iaitu 'Baca Bina Insan’.

Diantara pengisian program ini adalah sesi membaca selama 10 minit, ucapan dari Ketua Hakim syarie dan cabutan bertuah. YAA Ketua Hakim Syarie dalam ucapannya menyeru agar semangat membaca ini diteruskan dikalangan wargakerja kerana iqra’ (membaca) merupakan arahan pertama Allah kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Warga kerja bukan sahaja setakat membaca malah perlu memahami dan mengamalkan ilmu yang dibaca. Terima kasih diucapkan kepada peserta dan urusetia yang terlibat dalam aktiviti tahunan ini sama ada yang berada di bangunan ibu pejabat mahupun di MRS masing-masing.