Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

PRODUK INOVASI JAKESS 'e-NAF' JOHAN KATEGORI INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN (PENCIPTAAN)

Admin - Syafiq

23 تشرين1/أكتوير 2023

1001

KIK JAEGERS 
KIK JAEGERS 3

22 OKTOBER 2023, KUALA LUMPUR - Kumpulan KIK Jaegars Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mencipta sejarah gemilang buat jabatan ini dengan julung kalinya merangkul anugerah Johan Kategori Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan) dengan produk inovasi e-Naf pada Majlis Penyampaian Hadiah Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 2023 bertempat di Kuala Lumpur Konvensyen Centre, jumaat lalu.Anugerah disampaikan oleh YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi yang telah menyempurnakan perasmian Majlis Penutup.Turut hadir bagi mewakili Jabatan menerima anugerah adalah YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor diiringi ahli pasukan KIK Jaegers yang turut menyertai Pemeran produk inovasi sempena Selangor R&D And Innovation Expo (SRIE) 2023 Siri Ke-4 berlangsung daripada 19 hingga 22 Oktober 2023.KIK Jaegers selaku johan menerima hadiah berupa Piala Pusingan, Sijil Penyertaan dan wang tunai sebanyak RM15,000. Sebagai pengetahuan, pertandingan yang disertai JAKESS ini mengguna pakai Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2016 (Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif) dimana sebanyak 31 kumpulan daripada 14 jabatan dan agensi di Negeri Selangor telah menyertai. Produk inovasi e-Naf ini adalah kalkulator pertama yang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia. JAKESS berharap dengan adanya sistem e-Naf ini ianya dapat membantu pelanggan Mahkamah menentukan kadar nafkah anak yang sewajar dapat dicapai. Tahniah dan syabas diucapkan kepada KIK Jaegers serta warga kerja JAKESS yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang sentiasa menambahbaik perkhidmatan melalui inovasi selaras dengan tema “Embracing Disruption, Capitalizing Change”