LAWATAN JKSNPP KE JAKESS BAGI SESI LIBAT URUS HAKAM, SULH, REKOD DAN ICT






25 Februari 2025, Selasa - Jabatan kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) ke Jabatan ini bagi sesi taklimat dan libat urus pengurusan Hakam, Unit Sulh, Seksyen Rekod dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang dilaksanakan di Jabatan ini.
Program diteruskan dengan sesi perkongsian dan libat urus Unit Sulh dipimpin oleh Tuan Fairus bin Jaafar, Ketua Bahagian Penyelesaian Alternatif diikuti sesi libat urus Seksyen Rekod dibawakan oleh Tuan Sofian bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod serta sesi libat urus ICT bersama Encik Zuhair bin A. Mubin, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi JAKESS.
Program sesi pagi diakhiri dengan lawatan ke Pusat Khidmat Setempat dan lawatan ke Bilik Rekod Jabatan. Bagi sesi petang, Tuan Nurulazhar bin Mohd Tohar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam memimpin sesi taklimat Isu-Isu Hakam dan Simulasi Proses Hakam sebelum para peserta bersurai.
Delegasi disertai oleh 40 orang kakitangan JKSNPP yang diketuai oleh YAA Tuan Za'im bin Md Yudin, Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang. Turut hadir ialah Tuan Mohd Zulkhairi bin Aziz, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan Tuan Asrul Nizam bin Yahya, Ketua Pendaftar JKSNPP.
Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian melawat ke Jabatan ini dan mendoakan agar segala usaha yang telah diberikan diberkati Allah SWT.