Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

JAKESS TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2022

Admin - Shafarina

23 شباط/فبراير 2023

1642

 

JAKESS TERIMA PENGIKTIRAFAN DIAMOND BANDAR RENDAH KARBON 2022 20 Febuari 2023, Shah Alam - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menerima Pengiktirafan DIAMOND selaku Rakan Kongsi Rendah Karbon dalam Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2022 bertempat di Hotel Mardhiyyah, disini semalam. Pengiktirafan dianugerahkan keatas Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang telah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca sebanyak 4.16 peratus sejak tahun 2017 bersamaan dengan 30.10 tCO2eq. Majlis ini dirasmikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Anugerah ini diterima oleh YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS diiringi Ts. Muhammad Ariff bin Mustapha, Ketua Bahagian Pembangunan JAKESS. Jabatan ini berbesar hati menerima pengiktirafan ini sebagai salah satu usaha jabatan dalam penjagaan alam sekitar khususnya di negeri Selangor. Jabatan juga mengucapkan tahniah kepada warga JAKESS yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam kejayaan JAKESS menerima pengiktirafan ini. #jakess #syariahasaskeadilan #kitaselangor