Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

HARI PUSAT SUMBER JAKESS 2025 CUNGKIL BAKAT & KREATIVITI WARGA KERJA

Admin-Haeida

21 أيار 2025

42

                                   1 2

                                   4 3

5
16 Mei 2025, Shah Alam – Suasana meriah dan penuh semangat dapat dirasai di Pusat Sumber Jabatan Kehakiman Syariah Selangor hari ini sempena penganjuran Hari Pusat Sumber JAKESS 2025, yang disertai seramai 44 orang peserta daripada kalangan warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Program yang berlangsung selama separuh hari itu menampilkan pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik yang bertujuan menggalakkan penggunaan pusat sumber serta mengasah kreativiti dan kemahiran warga jabatan dalam suasana santai dan menyeronokkan.

Antara pertandingan utama yang dianjurkan termasuk pertandingan sandwich tersedap, teka silang kata hukum tajwid, gubahan kain, rubik's cube, gubahan buah-buahan, hiasan kek. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu pertandingan sahaja bagi memastikan penglibatan yang adil dan seimbang dalam setiap kategori.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Hakim Syarie, YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain dan Ketua Pendaftar, Puan Nenney Shuhaidah bt Shamsuddin.Ketu Hakim Syarie seterusnya telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan. sebagai simbolik penghargaan atas usaha dan penyertaan semua peserta.

Hari Pusat Sumber ini merupakan antara inisiatif tahunan JAKESS bagi mempromosikan budaya ilmu serta memupuk keterlibatan warga kerja dalam aktiviti berkonsepkan pembelajaran santai dan kreatif.