Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam

Majlis Sulh secara dalam talian di MRSSA

MRS Shah Alam

17 آذار/مارس 2021

4100

Bermula bulan Mac 2020 iaitu fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menawarkan prosiding diadakan Majlis Sulh secara dalam talian bagi kes-kes yang mempunyai persetujuan bersama. Pada 24 Disember 2020, MRSSA telah berjaya menjalankan Majlis Sulh secara dalam talian atas permohonan pihak-pihak dengan menggunakan aplikasi Skype for Business dan persetujuan Majlis Sulh tersebut juga telah diendorskan di hadapan hakim pada hari yang sama secara dalam talian. Sebagai makluman umum, antara syarat dan tatacara pengendalian Majlis Sulh dalam talian adalah seperti berikut :

  • Pihak-pihak hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan menjalani Majlis Sulh secara dalam talian dan menghantar melalui e-mel kepada Mahkamah berkenaan.
  • Majlis Sulh dalam talian akan dilaksanakan pada hari bekerja sahaja dan tertakluk kepada jadual yang ditetapkan oleh Mahkamah.
  • Hanya Pegawai Sulh dan pihak-pihak yang terlibat dengan Majlis Sulh sahaja yang dibenarkan menjalani Majlis Sulh dalam talian. Orang awam, ahli keluarga dan kanak-kanak adalah tidak dibenarkan menyertai Majlis Sulh dalam talian tersebut.
  • Peguam Syarie yang telah dilantik tidak boleh menyertai Majlis Sulh dalam talian, kecuali dengan kebenaran Pengerusi/ Pegawai Sulh.
  • Pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat sepanjang prosiding Majlis Sulh dalam talian berjalan.
  • Pengendorsan Perjanjian Persetujuan di hadapan Hakim akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Mahkamah.
  • Sebarang rakaman secara visual atau audio sepanjang Majlis Sulh dalam talian berjalan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya didapati berlaku, boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.