Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN BANGUNAN MAHKAMAH RENDAH SYARIAH AMPANG

MRS Ampang

16 آب/أغسطس 2024

206

PANDAN INDAH, 16 Ogos 2024 - Satu ceramah keselamatan bertemakan usaha penyelamatan dalam insiden kebakaran bangunan telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah telah menerima undangan pejabat ini dengan menampilkan penceramah Tuan Awang bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Balai merangkap Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah untuk memberi panduan keselamatan akibat insiden kebakaran bangunan.

Ceramah ini diadakan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan pegawai dan kakitangan Mahkamah untuk bertindak awal sekiranya berlaku insiden kebakaran di premis Mahkamah. Ini juga sebagai persiapan bagi memenuhi kriteria penilaian permohonan pensijilan EKSA yang dijangka pada bulan Oktober 2024.