Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Unit Integriti

  • Pengenalan

    Unit Integriti JAKESS telah ditubuhkan berkuatkuasa 19 Januari 2015 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013 bertajuk Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam.Arahan pelaksanaan keputusan kerajaan ini juga telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri di dalam surat rujukan JPM(S)500-3/1/12 Jld.2(122) bertarikh 9 Oktober 2013. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor kali ke 2/2013 pada 21 Ogos 2013 memutuskan untuk menubuhkan Unit Integriti Pejabat SUK Selangor dan berkuatkuasa pada 1 Sept 2013. Awal tahun 2015, Unit Integriti diperluaskan kepada seluruh Agensi Awam di bawah pentadbiran SUK Negeri Selangor termasuklah JAKESS.

    Penubuhan Unit Integriti JAKESS adalah berdasarkan Model C iaitu Jabatan yang berisiko rendah. Penarafan risiko ini dilakukan oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap tiga tahun atau mengikut keperluan.

  • Fungsi Unit

    Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

    1. Tadbir Urus; Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
    2. Pengukuhan Integriti; Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
    3. Pengesanan dan Pengesahan; Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
    4. Pengurusan Aduan; Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan dan maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
    5. Pematuhan: Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
    6. Tatatertib: Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
  • Carta Organisasi

Unit Komunikasi Korporat

  • Pengenalan

    Unit Komunikasi Korporat (UKK) dahulunya dikenali sebagai Seksyen Perhubungan Awam, Keurusetiaan dan Penerbitan. Penjenamaan semula bagi nama unit ini dibuat selaras dengan arahan kerajaan Negeri Selangor yang mengarahkan agar jawatan Pegawai Perhubungan Awam diselaraskan dengan gelaran Pegawai Komunikasi Korporat.

    UKK ditubuhkan dengan objektif untuk meningkatkan imej Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan.

    Di samping itu, UKK juga berperanan sebagai focus point Jabatan dalam penyampaian dan penyaluran maklumat khususnya dalam meningkatan imej perhubungan awam, media, pengurusan aduan dan khidmat pelanggan. Unit ini diterajui oleh Pegawai Komunikasi Korporat yang merupakan pegawai kader daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir.

  • Fungsi Unit

    1. Menyelaras pengendalian aduan pelanggan
    2. Menyelaras pengendalian maklum balas pelanggan.
    3. Menyediakan siaran media, kenyataan media dan nota kepada pengarang kepada pihak media.
    4. Menyelaras keperluan pihak media bagi tujuan liputan aktiviti-aktiviti Jabatan.
    5. Memantau isu semasa mengenai Jabatan di media massa.
    6. Mengurus setiakan program-program Perhimpunan Jabatan.
    7. Menyelaras dan menyelia aktiviti promosi dan publisiti Jabatan.
    8. Mengurus dan mengendalikan program lawatan pihak luar ke Jabatan.
    9. Menyelaras penempatan latihan amali/ praktikal/ sangkutan pelajar di JAKESS. 
  • Carta Organisasi