Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Bidangkuasa Mahkamah

  • Mahkamah Rayuan Syariah

    Mahkamah Rayuan Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan juga terhadap keputusan rayuannya dari Mahkamah Rendah Syariah. Kuasa ini jelas boleh dilihat di dalam peruntukkan Seksyen 67(1), Seksyen 67(2) dan Seksyen 67(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

    Seksyen 67(1)
    Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa asalnya.

    Seksyen 67(2)

    Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran bagi pemutusan olehnya apa-apa persoalan undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayun itu dan keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan rayuan itu.

    Seksyen 67(3)

    Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang dibenarkan dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan sebagaimana yang difikirkan adil bagi pemberesan rayuan itu.

    Mahkamah Rayuan Syariah juga mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah. Hal ini telah diperuntukkan di dalam Seksyen 68(1) dalam Akta yang sama. Seksyen tersebut telah memperuntukkan bahawa:

    Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenai apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.

  • Mahkamah Tinggi Syariah

    Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor mempunyai bidangkuasa di Seluruh Negeri Selangor. Peruntukan ini terkandung dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Berkenaan dengan jenis bidang kuasanya, ianya terbahagi kepada dua iaitu bidangkuasa jenayah dan bidangkuasa mal/sivil. Seksyen 61(3)(a) & (b) telah memperuntukkan bidang kuasa jenayah Mahkamah Tinggi Syariah. Peruntukkan tersebut berbunyi:

    67(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah

    (a) Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 (En. No.9/1995) atau di bawah mana-mana undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu; dan

    (b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan

    i - Pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri.

    ii - Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam sub perenggan (i);

    iii - Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

    iv - Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

    v - Wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

    vi - Alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang Islam;

    vii - Wakaf atau nazr;

    viii - Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;(ix) Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang yang matu yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;

    x - Pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi seorang Islam;

    xi - Pengishtiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan

    xii - Pentadbiran masjid-masjid; dan

    xiii - Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang undang bertulis.

  • Mahkamah Rendah Syariah

    Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 55(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Akta tersebut memperuntukan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat majlis melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Selangor di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

    Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah pula diperuntukan di bawah Seksyen 62(1) iaitu sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.

    Selain itu dalam Seksyen 62(2) dalam akta yang sama menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah iaitu:

    (a) Dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu; dan

    (b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya,jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi RM 300,000.00 atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

اِقرأ المزيد: Bidangkuasa Mahkamah

  • Hits: 23858

Senarai Anugerah / Pencapaian JAKESS

  • Senarai Anugerah / Pencapaian 2024

    BIL ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN TARIKH
    1 Pengiktirafan Diamond Rakan Kongsi Rendah Karbon 7 Februari 2024
    2 100% Sistem Profiling Digital Kesihatan Psikologi Pegawai Perkhidmatan Awam (MyPsyD) 27 Jun 2024
    3 Tuan Abd Malek bin Awang, Puan Yuzaini binti Yusof dan Puan Nuraziraakmar binti Othman terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 JKSM 27 Jun 2024
    4 Puan Siti Zubaidah binti Moh Yusof terima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) dan Puan Norliana binti Zaimon terima Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) 13 Jun 2024
    5 JAKESS mengekalkan Pensijilan Cemerlang MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014

    1 Jun 2024

    6 Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim terima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) 11 Disember 2024
  • Senarai Anugerah / Pencapaian 2023

    BIL ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN TARIKH TEMPAT
    1 JAKESS terima Pengiktirafan Diamond Bandar Rendah Karbon 2022 20 Februari 2023 Hotel Mardhiyyah
    2 Tempat Pertama Dalam Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2023 bgai 4 Penilaian berturut-turut (2015,2018,2020 dan 2023) 23 Jun 2023 Bankuet Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam
    3 Penerima Sijil Keaktifan MBJ Tahun 2022 4 Julai 2023 Bankuet Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam
    4 YA Puan Zalinah binti Said menerima Kurniaan BintangAhli Mangku Negara (A.M.N.) 4 Julai 2023
    5 KIK JAERGERS Johan Kategori Inovasi Perkhidmatan Awam (Penciptaan) dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (MPIPANS) 2023 22 Oktober 2023 Kuala Lumpur Konvensyen Centre
    6 Tuan Mohd Nurulazhar bin Mohd Tohar, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor 12 Disember 2023 Istana Alam Shah, Klang
  • Senarai Anugerah / Pencapaian 2022

    BIL ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN TARIKH TEMPAT
    1 Puan Noor Aza binti Abdul Rahman dan Puan Norsafia binti Sharif telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 10 Januari 2022 Dewan Jubli Perak, SUK
    2 Puan Hajjah Norhuzaimah binti Md Nor @ Ahmad Tahrim dan Puan Mardzahnar binti Idris telah dikurniakan Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS). 12 Januari 2022 Dewan Jubli Perak, SUK
    3 Tuan Haji Harun bin Hashim telah dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 12 Januari 2022 Dewan Jubli Perak, SUK
    4 Pencapaian Cemerlang 100% Anugerah Kecemerlangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Tahun 2020 17 Januari 2022
    5 Anugerah 5 Bintang Pematuhan Arahan Amalan Tahun 2020 sempena Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tahun 2022 16 Februari 2022 JKSM
    6 Tuan Faathir bin Md Tahir, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Ampang dianugerahkan pengguna e-syariah JKSM/JKSN/MSN iaitu bilangan kekerapan penggunaan sistem e-bicara sebanyak 912 16 Februari 2022 JKSM
    7 Bangunan Ibu Pejabat JAKESS telah dianugerahkan Anugerah DIAMOND RECOGNITION Bandar Rendah Carbon sempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2021 yang dirasmikan YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air 22 Mac 2022
    8 JAKESS meraih Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2021. JAKESS meraih anugerah Cemerlang bagi kategori Jabatan di Bawah Kerajaan Negeri dengan jumlah markah sebanyak 96%. 9 Jun 2022 Dewan Damar Sari, Putrajaya
    9 Puan Rahiza binti Ab Rahim menerima pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C.) dan Puan Ramidah binti Abd Hamid menerima Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.) 21 September 2022 Dewan Jubli Perak, SUK Selangor
    10 YA Puan Zalinah binti Said telah dikurniakan Pingat Darjah Kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.) sempena Ulang Tahun Keputeraan DYMM Tunuku Yang ke-77 11 Disember 2022 Istana Alam Shah, Klang
  • Senarai Anugerah / Pencapaian 2021

    BIL ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN TARIKH
    1 Anugerah Inovasi dan Pencapaian Terbaik Tahun 2020 sempena Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tahun 2021 8 Mac 2021
    2 Anugerah 5 Bintang Pematuhan Arahan Amalan Tahun 2020 sempena Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Tahun 2021 8 Mac 2021
    3 Sijil 100% Pembancian sempena Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 22 Mac 2021
    4 Ketua Hakim Syarie Selangor telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2020 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amiruddin bin Shari, Menteri Besar Selangor 7 April 2021
    5 KIK D-Blast JAKESS Rangkul Anugerah Emas Ristex 2021 Anjuran MPC hasil inovasi See Mark 22 September 2021
  • Senarai Anugerah / Pencapaian 2020

    BIL ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN TARIKH
    1 Anugerah Inovasi dan Pencapaian Cemerlang Tahun 2019 sempena Wacana Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia 12 Februari 2020
    2 Kategori Komitmen Terbaik Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang Kerajaan Negeri Selangor sempena Majlis Jalinan Ukhuwah Bersama Pengerusi MAIS 18 Februari 2020
    3 Pencapaian Cemerlang Lima Bintang 100% KPI HRMIS bagi tahun 2019 22 Julai 2020
    4 Pensijilan Cemerlang EKSA oleh MAMPU sempena Audit DIY oleh Pejabat SUK Selangor 14 Ogos 2020
    5 Anugerah 3 Bintang Projek See Mark menerusi KIK D-Blast sempena Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 30 September 2020
    6 Tempat Pertama Kategori Lain-Lain Agensi Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2020 12 November 2020
  • Senarai Anugerah / Pencapaian 2019

    BIL ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN TARIKH
    1 Anugerah Cemerlang Pemantauan Pematuhan Arahan Amalan Tahun 2018 12 Februari 2019
    2 AnugerahAce Of Initiative oleh Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 2 Oktober 2019
    3 Tempat Pertama Anugerah Sumber Manusia (ASM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2018. 24 Oktober 2019
    4 Tempat Kedua Kategori Jabatan Kerajaan Acara Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1441H/2019. 9 November 2019
    5 Pencapaian Cemerlang 100% KPI HRMIS bagi tahun 2018. 24 Oktober 2019
    6 Diiktiraf Sebagai “Jabatan Cemerlang” Sempena Penilaian Semula Prestasi Jabatan Bagi Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Kali Ke-2 Tahun 2019 16 Disember 2019
  • Senarai Anugerah / Pencapaian 2018

    BIL ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN TARIKH
    1 Pencapaian 100% KPI HRMIS Tahun 2017 Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2 November 2018
    2 Tempat Pertama Kategori Agensi Selain Pejabat Daerah/Tanah Dan Pihak Berkuasa Tempatan di Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2018 15 November 2018
    3 Anugerah Emas 5 Bintang Annual Productivity & Innovation Conferences and Exposition (APIC) 2018 13-15 November 2018
    4 Anugerah Akrab Dinamik Tahun 2018 21 November 2018
    5 Tempat Ketiga Anugerah Penarafan 5 Bintang Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi 2018 21 November 2018
    6 Mengekalkan Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam daripada pihak MAMPU 2018

اِقرأ المزيد: Senarai Anugerah / Pencapaian JAKESS

  • Hits: 7974

Piagam Pelanggan

  • Pelanggan akan diberi tarikh sebutan atau Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan.

  • Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.

  • Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.

  • Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah prosiding selesai atau hujahan lengkap difailkan.

  • Perintah Faraid kurang 5 lapis sedia dikeluarkan kepada pelanggan selepas 14 hari dari tarikh kes diputuskan.

  • Perintah perceraian bagi kes yang tidak diwakili peguam syarie sedia dikeluarkan kepada pelanggan selepas 21 hari dari tarikh kes diputuskan.

  • Kes Rayuan akan diberikan tarikh sebutan/ pendengaran dalam tempoh 19 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima.

Prestasi Piagam Pelanggan Bagi Tahun 2022

Piagam Pelanggan Bil. Pencapaian
Pelanggan akan diberi tarikh sebutan atau Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan. 1 100%
Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan. 2 100%
Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan. 3

100%

Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah perbicaraan selesai bagi setiap tahun. 4

95.56%

Perintah Faraid sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan. 5

98.40%

Perintah perbicaraan bagi kes perceraian boleh diberikan dalam tempoh 21 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan. 6

100%

Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan/pendengaran dalam tempoh 19 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima. 7 100%

Prestasi Piagam Pelanggan Bagi Tahun 2024

Piagam Pelanggan Bil. Pencapaian
Pelanggan akan diberi tarikh sebutan atau Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan. 1 100%
Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan. 2

99.98%

Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan. 3

97.33%

Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah prosiding selesai atau hujahan lengkap difailkan. 4

100%

Perintah Faraid kurang daripada 5 lapis sedia dikeluarkan kepada pelanggan selepas 14 hari dari tarikh kes diputuskan. 5

99.9 %

Perintah perbicaraan bagi kes perceraian boleh diberikan dalam tempoh 21 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan 6

99.60%

Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan/pendengaran dalam tempoh 19 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima. 7 100%

Prestasi Piagam Pelanggan Bagi Tahun 2023

Piagam Pelanggan Bil. Pencapaian
Pelanggan akan diberi tarikh sebutan atau Majlis Sulh pada hari yang sama selepas permohonan sempurna didaftarkan. 1 100%
Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan. 2

99.92%

Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan. 3

98.45%

Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah perbicaraan selesai bagi setiap tahun. 4

99.98%

Perintah Faraid sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan. 5

99%

Perintah perbicaraan bagi kes perceraian boleh diberikan dalam tempoh 21 hari selepas kes diputuskan dan dipohon oleh pelanggan. 6

99.32%

Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan/pendengaran dalam tempoh 19 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima. 7 100%

SPLaSK

اِقرأ المزيد: Piagam Pelanggan

  • Hits: 8209

Visi, Misi & Objektif

  • Visi

    Menjadi Institusi Kehakiman Syariah terunggul di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, adil dan efisien.

  • Misi

    Melaksanakan pengadilan dan pengurusan Mahkamah Syariah secara berkesan dan sistematik berasaskan peruntukan Undang-Undang.

Objektif Kualiti Jabatan

  • 90% Kes Mal akan mula disebut atau mula dibicarakan atau dibawa ke Majlis Sulh dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.

  • 90% Kes Saman Jenayah akan mula disebut atau mula dibicarakan dalam tempoh 19 hari selepas didaftarkan.

  • Keputusan kes akan dibuat dalam tempoh 30 hari setelah prosiding perbicaraan selesai atau hujahan lengkap difailkan.

  • Perintah Faraid sedia dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh 14 hari selepas kes diputuskan bagi kes Faraid kurang 5 lapis sahaja.

  • 90% perintah perbicaraan bagi kes perceraian yang tidak diwakili Peguam Syarie perlu disediakan dalam tempoh 21 hari selepas kes diputuskan.

  • 90% Kes Rayuan akan diberi tarikh sebutan/ pendengaran dalam tempoh 19 hari selepas rekod rayuan yang lengkap diterima.

  • Memastikan semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan menghadiri program latihan yang berkaitan dengan pendidikan Islam sekurang-kurangnya 2 hari dalam setahun.

  • Maklumbalas kepada pelanggan terhadap aduan akan dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja.

اِقرأ المزيد: Visi, Misi & Objektif

  • Hits: 8613

Latar Belakang Sejarah Penubuhan

Agama Islam di negeri Selangor telah ada diawal kurun 15 melalui Melaka kerana Selangor pada masa itu berada di bawah jajah takluk Melaka. Pada zaman pemerintahan Melaka tersebut, telah wujud jawatan kadi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di negeri tersebut. Sejarah penubuhan mahkamah syariah di negeri Selangor Darul Ehsan pula telah wujud dalam kurun ke-17.

Undang-undang Mencegah Berzina Tahun 1894 (Preventation of Adultry Regulation 1894) adalah undang-undang pertama yang dikanunkan di negeri Selangor. Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada 26hb September 1894 dan undang-undang ini hanya berkuatkuasa untuk yang beragama Islam sahaja. Mengikut undang-undang ini, seorang lelaki yang melakukan perhubungan jenis dengan seorang perempuan yang telah bersuami adalah bersalah dan boleh dihukum 2 tahun penjara bagi lelaki dan 1 tahun penjara bagi perempuan dan mungkin kedua-duanya didenda.

Pada tahun 1900 pula, Majlis Mesyuarat Negeri telah meluluskan Undang-undang Pendaftaran Nikah Kahwin dan Cerai Orang-Orang Islam 1900 (Muhammadan Marriage and Divorce Registration Enactment 1900) iaitu undang-undang berhubung dengan nikah kahwin dan cerai orang-orang Islam di negeri Selangor.

Undang-undang ini memperuntukkan suami atau wali hendaklah melaporkan perkahwinan kepada kadi atau naib kadi daerah dalam masa 7 (tujuh) hari selepas akad nikah dan kadi atau naibnya hendaklah mendaftarkannya dan mengeluarkannya sijil perkahwinan. Begitu juga dengan percerian, hendaklah dilaporkan kepada kadi dalam masa 7 tujuh selepas bercerai dan sijil cerai akan dikeluarkan kepada mereka yang berkenaan. Sekiranya ini tidak dipatuhi, tindakan boleh diambil dengan hukum denda tidak melebihi daripada RM 25.00. Dengan adanya undang-undang tersebut dan untuk membicarakan hal nikah kahwin dan cerai, maka diadakan mahkamah kadi.

Pada tahun 1900 juga, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Kubu dan Rawang. 

Pada tahun 1948 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah ditubuhkan, dengan itu usaha menggubal undang-undang telah dilakukan dan menghasilkan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dengan nama Enakmen Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dan mula dikuatkuasakan pada 5 Disember 1952. Dengan adanya undang-undang ini maka termansuhlah undang-undang terdahulu daripadanya. Sehingga ke hari ini undang-undang ini telah mengalami pindaan sebanyak 7 kali iaitu pada tahun 1969, 1960, 1961, 1962, 1966, 1972 dan pada 1979. Pindaan ini dibuat berkaitan dengan urusan mengemaskinikan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor.

Pada tahun 1984 Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4 tahun 1984 telah diluluskan dan dikuatkuasakan pada 23 Januari,1989 di seluruh negeri Selangor. Perlaksanaan Undang-undang ini telah memansuhkan bahagian ke 6 dan 7 seksyen 155, 156, 158, 160 dan 178 perenggan (n) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952.

Pada tahun 1989 Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2 tahun 1989 telah diluluskan. Berdasarkan enakmen ini, Mahkamah Syariah Selangor ditubuhkan secara rasmi dan berasingan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada tahun 1991, Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor No. 6 tahun 1991 dan Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1hb September 1991. Mulai tarikh itu Mahkamah Syariah Selangor telah diasingkan secara rasminya dari JAIS.
Pada tahun 2003 nama Mahkamah Syariah Selangor telah ditukar kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) selaras dengan perkembangan dan peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.Penubuhan Mahkamah Syariah di Negeri Selangor adalah di bawah peruntukan Seksyen 55(1), 55(2), 55(3) dan 55(4) dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

  • Rasmi 1

  • Rasmi 2

  • Rasmi 3

Sekitar Majlis Perasmian dan Pengisytiharan Bangunan Baru JAKESS

اِقرأ المزيد: Latar Belakang Sejarah Penubuhan

  • Hits: 11934