Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

Latar Belakang

Mahkamah Rendah Syariah Ampang telah rasmi ditubuhkan pada 27 Jun 2014M bersamaan 29 Sya’ban 1435H. Pembukaan Mahkamah ini pada ketika itu dirasmikan oleh Y.A.D Dato' Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.

Mahkamah ini ditubuhkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes yang didaftarkan dalam bidangkuasa Daerah Hulu Langat. Sebelum penubuhan Mahkamah ini, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat terpaksa mengendalikan lebih 6,000 kes mal serta jenayah setahun.

Justeru itu, kewujudan Mahkamah ini adalah untuk membantu mengurangkan beban penerimaan kes tinggi yang direkodkan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, yang mana Ampang merupakan antara lima mukim di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Semenjak penubuhan Mahkamah ini, penerimaan kes didaftarkan semakin tinggi saban tahun. Lokasinya yang terletak di Aras 12 Menara A, Persiaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya terletak di tengah-tengah pemukiman Ampang banyak membantu pelanggan yang tinggal di dalam mukim ini.

Di awal penubuhannya, Mahkamah Rendah Syariah Ampang beroperasi dengan tiga Hakim yang mengendalikan dewan perbicaraannya. Di samping itu, Mahkamah ini turut dilengkapi perjawatan Pegawai Syariah (Sulh), Penolong Pegawai Syariah (Penolong Pendaftar), Pembantu Syariah Gred LS 22, empat orang Pembantu Syariah Gred LS 19, tiga orang Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Pembantu Tadbir (Pekeranian Operasi) Gred N19, Penghantar Notis Gred N11, dan Pembantu Operasi Gred N11.

Kini Mahkamah ini meneruskan operasinya dengan dua dewan bicara dengan dua orang Hakim yang mengendalikan perbicaraannya, Pegawai Syariah (Sulh), dua orang Penolong Pegawai Syariah (Penolong Pendaftar), Pembantu Syariah Gred LS 22, empat orang Pembantu Syariah Gred LS 19, Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Pembantu Tadbir (Pekeranian Operasi) Gred N19, Pembantu Operasi Gred N11 dan Penghantar Notis Gred N11.

Hakim-Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ampang seperti berikut:
  1. Tuan Abdul Halim bin Abdullah (2014 – 2017) (Ketua Pejabat)
  2. Tuan Mohamad Hannan bin Jalil (2014 – 2020)
  3. Tuan Mohd Fariq Azaimi bin Apandi (2014)
  4. Tuan Faathir bin Md Tahir (5 Disember 2017 – 31 Januari 2023) (Ketua Pejabat)
  5. Tuan Ahmad Faizal bin Hj Tahiron (17 Ogos 2020 – 14 Februari 2023)
  6. Tuan 'Afif Sofiuddin bin Syeikh Abd Ghani (1 Februari 2023 - Kini) (Ketua Pejabat)

Hubungi Kami

  • Mahkamah Rendah Syariah Ampang
    Lot A1210-A1215, Level 12,
    Menara A, Persiaran MPAJ,
    Jalan Pandan Utama,
    Pandan Indah,
    55100 Kuala Lumpur
  • 03-42800677 l 03-42801622
  • 03-42801219
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.