Seksyen Rekod bertanggungjawab menjadikan sistem pengurusan rekod Jabatan teratur dan bersistematik. Matlamat kami adalah ke arah menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan serta pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan sistem pengurusan kualiti. Seksyen Rekod diwujudkan di JAKESS pada Januari 2009 dengan pengisian (2) dua perjawatan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.