Badan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Syariah Selangor Darul Ehsan
BAKEMAS, Merupakan singkatan dari BAdan KEbajikan Kakitangan MAhkamah Syariah Selangor Darul Ehsan. Ditubuhkan pada 11hb September 1993. BAKEMAS diketuai oleh seorang Yang Dipertua (YDP).
YAA Dato' Haji Abu Naim bin Haji Ikhsan (Ketua Hakim Syar'ie) merupakan YDP BAKEMAS yang pertama dipilih untuk menerajui BAKEMAS mulai tarikh penubuhan sehinggalah 15hb Mac 1996.
Selepas 16hb Mac 1996, YA Tuan Haji Mohamed Ishak bin Haji Mohamed Yaakob telah dipilih sebagai YDP yang baru sehingga Jun 1998. YA Tuan Haji Mukhyuddin bin Haji Ibrahim telah menggantikan beliau dan menerajui BAKEMAS sehingga 2004.
Bagi sessi 2005/2007 jawatan YDP telah disandang oleh YA Tuan Haji Saarani Bin Ismail setelah YA Tuan Haji Mukhyuddin melepaskan jawatan sebagai YDP kerana beliau telah bertukar ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
MATLAMAT PENUBUHAN
-
Menyatukan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri dan daerah-daerah dengan ikatan kekeluargaan Islam yang akrab.
-
Meninggikan mutu pengetahuan dan kegiatan ahli-ahlinya dilapangan kebajikan, pelajaran, sukan, kebudayaan Islam, ekonomi dan kemasyarakatan.
-
Menanam dan memupuk akidah serta kefahaman Islam tulin disamping berusaha menjalankan dakwah Islamiah di kalangan kakitangan khasnya dan masyarakat Islam amnya berdasarkan A-Quran dan Al-Sunnah.
-
Memelihara hak kebajikan, kepentingan dan kehormatan ahli-ahli.
-
Memberi sumbangan yang berguna untuk perkembangan dan kemajuan masyarakat dalam segenap lapangan yang tidak bertentangan dengan Syariah dan undang-undang Negara.
-
Berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain di dalam atau luar negeri yang sama tujuan dan dasar dengan badan ini.
-
Menjalankan kegiatan untuk melaborkan modal (wang dan hartabenda) persatuan dalam bidang perusahaan (syarikat, saham dll).
-
Persatuan ini tidak akan bergabung atau bergiat dengan mana-mana parti politik.