Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

LAWATAN DARIPADA ZON FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Admin-Haeida

11 Mac 2024

401

menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia KKM 6    menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia KKM 2

 menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia KKM 7    menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia KKM 8

 menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia KKM 1    menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia KKM 10

6 Mac 2024, Rabu - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Zon Farmasi Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) seramai 28 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Puan Sofhatun Nur binti Subhi selaku Fasilitator Jawatankuasa Induk EKSA Jabatan tersebut.

Lawatan daripada Zon Farmasi KKM adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS sebagai sesi menimba ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YAA Dato' Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor dan ucapan balas dari Puan Sofhatun Nur.

Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Siti Rashidah binti Sarkom. Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon.