Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Seksyen Rekod

  • Pengenalan

    Seksyen Rekod bertanggungjawab menjadikan sistem pengurusan rekod Jabatan teratur dan bersistematik. Matlamat kami adalah ke arah menjadi pusat rujukan pengurusan rekod perundangan serta pentadbiran bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan memastikan mencapai keberkesanan sistem pengurusan kualiti. Seksyen Rekod diwujudkan di JAKESS pada Januari 2009 dengan pengisian (2) dua perjawatan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

  • Objektif Penubuhan

    1. Mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan.
    2. Memberi khidmat nasihat kepada warga Jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan.
    3. Bertanggungjawab memastikan keseragaman pelaksanaan pengurusan rekod yang berterusan.
    4. Menyimpan, mengesan, memperolehi, menjaga dan memelihara semua warisan khazanah rekod penting JAKESS yang bernilai kebangsaan dan bersejarah demi rujukan generasi masa kini dan akan datang.
  • Carta Organisasi