Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga

  • Pengenalan

    Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) merupakan bahagian yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang bertujuan untuk menguatkuasakan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. BSK diwujudkan bagi memastikan perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh bekas suami/bapa kepada bekas isteri/anak-anak.

  • Fungsi Seksyen

    1. Memastikan 80% daripada semua pelanggan yang membuat aduan di Unit Khidmat Nasihat dan Perundangan diberikan tarikh kehadiran rundingcara pertama dalam tempoh 21 hari daripada tarikh aduan direkodkan di SBSK

    2. Memastikan sebanyak 80% daripada semua permohonan pendahuluan nafkah SBSK akan disiasat bagi menentukan kelayakan pemohon menerima pendahuluan nafkah dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan diterima

    3. Memastikan sebanyak 60% daripada semua pelanggan memfailkan permohonan atau tuntutan bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah di Mahkamah dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran kes di Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah
  • Carta Organisasi