EnglishArabicMalay

Info Jabatan

Joomla Slide Menu by DART Creations

Multimedia

Pautan Agensi

mygov


   
 
Bahagian Sokongan Keluarga PDF Cetak E-mail

LATARBELAKANG PENUBUHAN BSK

Isu tuntutan nafkah dan penguatkuasaannya merupakan isu utama yang sentiasa menjadi rungutan terutama di kalangan isteri atau isteri yang diceraikan atau ibu kepada anak-anak yang diceraikan. Walaupun Undang-Undang Keluarga Islam mempunyai peruntukan undang-undang yang terperinci tentang nafkah, tetapi masih terdapat kelemahan yang ketara dalam penguatkuasaan nafkah terutamanya jika bekas suami atau bapa yang bertanggunjawab membayar nafkah gagal memberi kerjasama atau cuai.
Justeru itu, melalui Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 46, yang dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri memutuskan untuk menubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Penubuhan BSK ini adalah bagi membantu menyelesaikan masalah berkaitan dengan tuntutan dan penguatkuasaan Perintah nafkah.
VISI BSK
“Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pewujudan masyarakat penyayang,penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif”

OBJEKTIF PENUBUHAN BSK

  • Merealisasikan pelaksanaan dan pematuhan kepada setiap keputusan/perintah mahkamah yang melibatkan isu-isu berkaitan kekeluargaan.
  • Meningkatkan status dan bidangkuasa Mahkamah Syariah terutama dalam aspek pematuhan perintah mahkamah dan aspek pelaksanaan.
  • Mengatasi masalah isu kelewatan dalam pengendalian kes-kes penguatkuasaan perintah kehakiman.
  • Memelihara hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam institusi kekeluargaan;
  • Menyelesaikan dan mengenalpasti masalah pemiutang penghakiman terutama yang melibatkan nafkah dan seumpamanya;
  • Memberi khidmat nasihat perundangan syarie kepada pihak-pihak terlibat dari segi prosedur undang-undang, hukum syarak, perlaksanaan tuntutan nafkah dan sebagainya yang melibatkan kekeluargaan Islam samada individu atau orang awam.

PERANAN DAN FUNGSI BSK
  • Memberi nasihat perundangan Syariah kepada pihak-pihak yang telah dikeluarkan perintah Nafkah Anak oleh Mahkamah Syariah.
  • Memantau tugas Bailif dan melaksanakan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan nafkah supaya perintah tersebut dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak
  • Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan perintah penguatkuasaan serta perintah pelaksanaan penghakiman oleh Mahkamah Syariah antara negeri-negeri dapat berjalan lancar tanpa sebarang halangan.
  • Menguruskan bantuan sokongan kewangan kepada anak yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh suami samada dalam perkahwinan atau perceraian berdasarkan hukum syarak.
  • Melaksanakan pengurusan bantuan sokongan yang berbentuk moral/nasihat serta kewangan kepada pihak yang terlibat dalam terutamanya yang berkaitan pembiayaan nafkah mengikut lunas-lunas hukum syarak.
 

Log Masuk (Staf Sahaja)



Kalendar Aktiviti

Last month May 2013 Next month
S M T W T F S
week 18 1 2 3 4
week 19 5 6 7 8 9 10 11
week 20 12 13 14 15 16 17 18
week 21 19 20 21 22 23 24 25
week 22 26 27 28 29 30 31

Waktu Berurusan

 

Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 t/hari
2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
9.00 pagi -12.15 t/hari
2.45 petang - 5.00 petang

Sabtu & Ahad : Cuti Umum
Kod QR JAKESS

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Undian

Bagaimana prestasi JAKESS setakat ini?
 

Jumlah Pengunjung

373200
IP anda :50.17.109.248

Siapa Di Talian

Kami ada 18 tetamu online
                                   

Hak Cipta Terpelihara © 2011. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.




PENAFIAN:
JAKESS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Internet Explorer versi 7 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan ke atas.

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah
Persiaran Masjid, Seksyen 5
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708
Faks : (603) 55105620

Tarikh dikemaskini :

23hb Mei 2013

  • hacklink Kisisel Blog , Seo spor haberleri kredi karti taksitlendirme
  • son dakika
  • dexx salkom hairman ab rocket aire bra lipitabs izmir escort