Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Unit Integriti

  • Pengenalan

    Unit Integriti JAKESS telah ditubuhkan berkuatkuasa 19 Januari 2015 berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013 bertajuk Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam.Arahan pelaksanaan keputusan kerajaan ini juga telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri di dalam surat rujukan JPM(S)500-3/1/12 Jld.2(122) bertarikh 9 Oktober 2013. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor kali ke 2/2013 pada 21 Ogos 2013 memutuskan untuk menubuhkan Unit Integriti Pejabat SUK Selangor dan berkuatkuasa pada 1 Sept 2013. Awal tahun 2015, Unit Integriti diperluaskan kepada seluruh Agensi Awam di bawah pentadbiran SUK Negeri Selangor termasuklah JAKESS.

    Penubuhan Unit Integriti JAKESS adalah berdasarkan Model C iaitu Jabatan yang berisiko rendah. Penarafan risiko ini dilakukan oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap tiga tahun atau mengikut keperluan.

  • Fungsi Unit

    Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:

    1. Tadbir Urus; Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
    2. Pengukuhan Integriti; Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
    3. Pengesanan dan Pengesahan; Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;
    4. Pengurusan Aduan; Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan dan maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
    5. Pematuhan: Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
    6. Tatatertib: Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
  • Carta Organisasi

Pejabat Ketua Hakim Syarie

Baca selanjutnya: Unit Integriti

  • Hits: 2472

Pejabat Ketua Pendaftar

  • Pengenalan

    Pejabat Ketua Pendaftar yang diterajui oleh Ketua Pendaftar untuk memantau semua Pengurusan bagi Bahagian-bahagian dan Mahkamah Rendah Syariah yang wujud di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

    Terdapat (9) bahagian dan (12) Mahkamah Rendah Syariah;

    Bahagian-Bahagian

    1. Bahagian Pengurusan Kes Mahkamah Tinggi & Mahkamah Rayuan Syariah
    2. Bahagian Penyelesaian Alternatif
    3. Bahagian Penyelidikan & Pusat Sumber
    4. Bahagian Latihan & Inovasi
    5. Bahagian Khidmat Pengurusan
    6. Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi
    7. Bahagian Pembangunan
    8. Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga
    9. Seksyen Rekod

    Mahkamah Rendah Syariah

    1. Mahkamah Rendah Syariah Klang
    2. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam
    3. Mahkamah Rendah Syariah Petaling 
    4. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat
    5. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat
    6. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur
    7. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor
    8. Mahkamah Rendah Syariah Sepang
    9. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat
    10. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor
    11. Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam
    12. Mahkamah Rendah Syariah Ampang
  • Carta Organisasi

Baca selanjutnya: Pejabat Ketua Pendaftar

  • Hits: 3106

Pejabat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

  • Pengenalan

    Pejabat ini bertanggungjawab untuk mendengar dan memutuskan kes Mal dan Jenayah berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 selain memastikan fungsi utama, visi dan misi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dalam melaksanakan pengadilan dapat dicapai.

  • Fungsi Bahagian

    1. Membicarakan dan memutuskan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [En.No. 9/1995] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama islam dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
    1. Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding kes Mal yang melibatkan semua pihak yang beragama islam yang berhubung dengan perkara-perkara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Negeri Selangor.
    1. Mendengar dan memutuskan semua tindakan Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah dalam bidang kuasa jenayah dan mal.
    1. Menentukan orang-orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka dan bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak.
    1. Mengawasi dan menyemak keputusan Mahkamah Rendah Syariah sekiranya perlu. 
    1. Mendengar dan membenarkan tindakan bersaling terhadap waran, saman, perintah dan penghakiman sama ada yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Negeri Selangor atau Mahkamah Syariah di Negeri-Negeri lain di Malaysia
  • Carta Organisasi

Baca selanjutnya: Pejabat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

  • Hits: 3431