Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

HAKAM

PENGERTIAN TAHKIM

Tahkim dari sudut etimologi bermaksud "memberi kuasa menjatuhkan hukuman kepada seseorang" atau "menjadikan (menyerahkan) hukuman pada sesuatu yang bagi engkau kepada orang lain" atau "pengambilan seseorang oleh dua orang yang bertikai dengan persetujuan keduanya, supaya orang itu menyelesaikan pertikaian dan dakwaan keduanya".

Manakala dari sudut terminologi bermaksud "satu proses di mana pihak-pihak yang bertikai melantik seseorang untuk menjadi hakam bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul di antara mereka berlandaskan hukum Syara".

Pelaksanaan Tahkim di dalam Mahkamah Syariah berlaku apabila individu lain yang diserahkan tugas oleh pihak-pihak atau diserahkan tugas oleh Mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian dan persengketaan pihak-pihak dalam perkahwinan melalui Majlis Tahkim sama ada penyelesaian melalui cara perdamaian atau perceraian.

Orang yang dilantik oleh pihak-pihak bagi mengadili pertikaian tersebut dinamakan sebagai Hakam atau Muhakkam. Manakala majlis atau pertemuan yang diadakan itu dinamakan sebagai Majlis Tahkim.

Maksud Hakam

Hakam dikenali sebagai arbitrasi atau timbang tara dan boleh diertikan sebagai memberi kuasa menjatuhkan sesuatu hukuman kepada seseorang. Manakala dari sudut istilah iaitu satu proses dimana pihak-pihak yang bertikai melantik seseorang atau hakam bagi menyelesaikan pertikaian yang timbul di antara pihak-pihak berlandaskan hukum syarak.

PERUNTUKAN UNDANG - UNDANG

Seksyen 48 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003  

Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014

DEFINISI

Hakam

Seseorang penimbang tara yang diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri.

Shiqaq

Perkelahian antara suami dan isteri yang berlarutan sehingga menjejaskan kerukunan rumah tangga.

Majlis Tahkim 

Sesi timbang tara yang melibatkan pertemuan suami dan isteri bersama dengan Hakam untuk tujuan perdamaian atau perceraian dengan lafaz talaq atau khul’.

Hakam kerabat 

Nama lainnya Hakam Wakalah ialah penimbang tara yang dilantik oleh suami dan isteri  dalam kalangan saudara mara masing-masing, terdiri daripada lelaki atau perempuan , yang memenuhi kelayakan seorang Hakam serta mempunyai pengetahuan asas dalam hal kekeluargaan dan Hukum Syarak untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri.

Anggota Panel Hakam 

Panel Hakam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor atas cadangan Jawatankuasa Hakam yang berperanan sebagai penimbang tara yang diberi kuasa penuh oleh oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri.

PROSES PELANTIKAN HAKAM

Proses Hakam bermula apabila suatu permohonan di bawah seksyen 47 difailkan oleh isteri dan suami enggan menceraikan isteri. Perlantikan Hakam dibuat selepas gagal proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan mahkamah mensabitkan shiqaq antara pasangan suami isteri tersebut. 

SENARAI ANGGOTA PANEL HAKAM

  1. Tuan Abdul Shukur bin Idris 
  2. Tuan Mohd Ramizi bin Remli 
  3. Tuan Mastori bin Marsidi 
  4. Tuan Hj Mohamad Tawadz’o bin Abbas
  5. Tuan Hamzah bin Abu Seman  
  6. Tuan Syed Walid Al Giffa bin Syed Ibrahim 
  7. Tuan Muhammad Zahid bin Azhar @ Nadzri
  8. Tuan Kamaruddin bin Arshad 
  9. Tuan Mohd Solihin bin Hj Ghazali
  10. Tuan Abdullah bin Mat @ Muhamad
  11. Tuan Daim bin Jajuli
  12. Tuan Izrain bin Ismail
  13. Tuan Husni bin Abdullah
  14. Dr. Zulkefli bin Aini
  15. Tuan Ahmad Baei bin Jaafar
  16. Tuan Md Nasrin bin Hj Muti @ Basir
  17. Tuan Muhammad Adib bin Rashid
  18. Tuan Bambang Eirman bin Bahudin
  19. Tuan Mohd Saifullah bin Abu Bakar
  20. Tuan Miskandar @ Nasiruddin bin Mohamad
  21. Tuan Rose Efendi bin Marjumat
  22. Tuan Mohd Zanzuari bin Husain
  23. Tuan Mohd Izwan bin Jamaludin
  24. Tuan Mohd Samurin bin Hj Tahir
  25. Tuan Syahir bin Mesron
  26. Tuan Mohd Asri bin Noordin
  27. Tuan Misran bin Salimin
  28. Tuan Mohd Tanggali bin Haji Jamaluddin 
  29. Tuan Mohd Yusof bin Mohd Sirat
  30. Tuan Mohd Basri bin Hj. Peranto
  31. Tuan Abu Mokhtar bin Husin
  32. Tuan Mohd Firdaus bin Akhtar
  33. Tuan Mohd Faisal bin Mohd Noor
  34. Tuan Muhammad Syamir bin Mahmud
  35. Tuan Mohamad Rais bin Rasid
  36. Tuan Eizzul A’la bin Bajuri
  37. Tuan Farzad bin Abdul Jalil
  38. Dr. Hj Shadli bin Sabarudin
  39. Tuan Wan Abdullah Shahir bin Wan Abd Hamid
  40. Tuan Syuhaidi bin Surani
  41. Tuan Mohammad Haris bin Halim
  42. Tuan Mohamad Yazid Hazim bin Abdullah Khairani
  43. Tuan Mohamad Nu’aim bin Mohamad Nasir
  44. Tuan Muhammad Ammar Yaser bin Ahmad Nazri
  45. Tuan Muhammad Firdaus bin Azman
  46. Tuan Mohd Asri bin Ali
  47. Tuan Ahmad Shuhaimi bin Md Isa
  48. Tuan Ammar Mustaqim bin Faisal Azni
  49. Tuan Mohd Faidzul bin Mohamad Noh
  50. Dr. Mohd Huzairi bin Awang @ Husain
  51. Tuan Muhammad Amirul Akmal bin Ismail
  52. Tuan Muhamad Razif bin Ibrahim Muniandy
  53. Tuan Muhamad Rafee bin Rahman
PERINGKAT MAJLIS TAHKIM

Pihak-pihak tidak perlu membuat permohonan untuk Majlis Tahkim. Mahkamah yang akan membuat keputusan sama ada Majlis Tahkim diperlukan atau pun tidak. Prosiding Majlis Tahkim bermula selepas pelantikan Hakam dibuat. Majlis Tahkim ada dua peringkat iaitu peringkat Hakam Kerabat (keluarga) dan Hakam Panel Mahkamah. Pihak lain atau peguam syarie tidak dibenarkan hadir dalam Majlis Tahkim. Peguam Syarie boleh bertindak sebagai Hakam suami atau isteri dengan syarat tidak pernah terlibat dengan mana-mana prosiding lain di Mahkamah yang berkaitan dengan suami atau isteri tersebut.

Antara persediaan pihak-pihak sebelum menghadiri Majlis Tahkim:

  •       Tahu matlamat Majlis Tahkim iaitu mencapai perdamaian atau perceraian; 
  •       Mengetahui punca perselisihan/ shiqaq; 
  •       Memahami penerangan proses Majlis Tahkim oleh Hakam; dan
  •       Berusaha sebaik mungkin untuk mencapai penyelesaian.

Terdapat dua peringkat: 

1) Peringkat Hakam Kerabat - Hakam suami melafazkan talaq setelah mendapat keizinan daripada suami. 

2) Peringkat Hakam Mahkamah - Hakam suami melafazkan talaq setelah mendapat kebenaran Mahkamah.

Tempoh pelaksanaan Majlis Tahkim adalah tiga puluh hari dari tarikh perintah pelantikan dan tidak melebihi sembilan puluh hari. Keengganan suami hadir dalam Majlis Tahkim tidak menyebabkan prosiding terhenti dan Hakam boleh membuat keputusan. 

Prosiding Majlis Tahkim dilaksanakan di Mahkamah atau di mana-mana lokasi dengan kebenaran Mahkamah. Prosiding Majlis Tahkim bersifat rahsia.

Prosiding Majlis Tahkim terhenti, jika—

(a) suami atau isteri itu mati;

(b) suami atau isteri tidak sempurna akal;

(c) Hakam menarik diri sebagai Hakam; dan

(d) wujud sebab lain yang diiktiraf oleh Hukum Syarak.

KEPUTUSAN MAJLIS TAHKIM

Keputusan Majlis Tahkim tidak boleh dirayu, hanya boleh disemak.

Hukum talaq peringkat Hakam Kerabat adalah Raji' manakala peringkat Hakam Panel Mahkamah dengan kuasa penuh adalah Bain Sughro dan bekas suami tidak boleh merujuk bekas isterinya semula melainkan dengan akad nikah yang baru. Penyelesaian kes melalui Hakam dapat diselesaikan dengan segera lazimnya dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pelantikan Hakam berbanding ta’liq dan fasakh.

Kadar 'iwadh (tebus talaq dengan pampasan sama ada wang atau harta) bagi perceraian secara khul' melalui Hakam diputuskan oleh kedua-dua hakam suami dan isteri.

PROGRAM DAN AKTIVITI-AKTIVITI HAKAM SEPANJANG TAHUN 2023

13 Jun 2023 – Lawatan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) oleh Brigedier Jeneral Zainal Abidin bin Mohamed Salleh kepada YAA Ketua Hakim Syarie . Antara fokus perbincangan adalah berkenaan dengan Sulh dan Hakam selain usaha serta kerjasama kedua-dua pihak dalam penganjuran, keterlibatan tenaga penceramah, pelantikan hakam dikalangan anggota tentera dan pelbagai isu berkaitan penyelesaian alternatif .

2 April 2023 - Forum kepada komuniti setempat di Puncak Alam, Kuala Selangor berkaitan Sulh/ Hakam dan BSK dalam Program Jom Karnival Raya anjuran NGO dengan kerjasama Pejabat YB Exco Dr Siti Mariah bt. Mahmood , JAKESS, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi. Panel terdiri daripada Tuan Fairus bin Jaafar (Ketua ADR), Puan Siti Nazratul Ain binti Sulaiman, Penolong Pengarah BSK Selangor dan dimoderatorkan oleh Puan Marina binti Abdul Rahman.

6-7 Oktober 2023 - Kursus Pemantapan Hakam Negeri Selangor melibatkan perserta seramai 35 orang dalam kalangan anggota Panel Hakam yang dilantik. Bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ini telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor.

8 September 2023 – ADR JAKESS telah mengadakan Muzakarah Hakam Negeri Selangor bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang bagi menghimpunkan dan membincangkan isu-isu dan masalah sepanjang pelaksanaan Hakam di Mahkamah Syariah Selangor. Muzakarah telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie Selangor telah mencapai beberapa resolusi untuk dilaksanakan.

30 Ogos 2023- Lawatan Kerja ADR JAKESS ke Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum  , USIM yang membincangkan tentang pelantikan Hakam dikalangan jurubahasa isyarat berkemahiran Syariah, program kerjasama latihan kepada Panel Hakam ilmu asas Bahasa Isyarat Islam, penerbitan enakmen khas OKU dan perancangan program literasi undang-undang melibatkan OKU pekak, bisu dan buta. Mengetuai rombongan YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain dan disambut oleh Ketua Ibnu Ummi Maktum Research Centre Dr Haji Norakyairee bin Mohd Raus.

01 Ogos 2023 - Penyertaan Pameran ADR JAKESS dalam program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Anti Gangguan Seksual di MAEPS,Serdang. Turut hadir di booth pameran JAKESS perasmi program YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Sukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

14 Julai 2023 - Muzakarah Hakim Syarie. Sesi penerangan berkaitan Kertas Kerja Geran Penyelidikan MAIS , Panduan penentuan Kadar I’wadh dalam Majlis Tahkim telah diadakan kepada Hakim-Hakim Syarie berdasarkan keperluan dan keadaan semasa menurut undang-undang dan Hukum Syarak.

12 Oktober 2023 – Pameran ADR (Sulh & Hakam) dan BSK sempena Forum Hal Ehwal Islam RTM bertajuk “Luka Semalam” Peringkat Negeri Selangor anjuran MAIS yang bersiaran langsung dari Dewan Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

18-19 Oktober 2023 – Pameran ADR (Sulh & Hakam) sempena Persidangan Antarabangsa Kaunselor Pendidikan (ICEC) Kementerian Pendidikan Malaysia di The Everly, Putrajaya.

                Keanggotaan Jawatankuasa Hakam 2024-2026

Pengerusi 

YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain Ketua Hakim Syarie 

Timbalan Pengerusi 

YA Tuan Salehan bin Yatim 

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah 

Setiausaha 

Puan Nenney Shuhaida binti Shamsuddin Ketua Pendaftar JAKESS 

Anggota (7 orang) 

Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor atau wakilnya 

Tuan Mohd Hairuddin Ab Rahim Hakim Mahkamah Rendah Syariah

  Penasihat Undang-Undang MAIS atau wakilnya 

Dr. Zulkifli bin Aini 

(Mahir hukum syarak) 

Tuan Moeis bin Basri

(Mahir hukum syarak)

Ketua Pendaftar Nikah, Cerai  dan Rujuk atau wakilnya 

Prof. Datin Raihanah Abdullah (Mahir hukum syarak) 

          CARTA RINGKAS ALIRAN KERJA PROSES HAKAM