Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Info Jabatan

Bahagian Pengurusan Kehakiman Mahkamah Rayuan & Tinggi Syariah

  • Pengenalan

    Bahagian ini bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan prosiding kes di Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah dapat dilaksanakan dengan sistematik dan efisyen selain memastikan fungsi utama, visi dan misi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dalam melaksanakan pengadilan dan pengurusan Mahkamah Syariah dapat dicapai.

  • Fungsi Bahagian

    1. Menerima pendaftaran, mengurus, membicarakan dan memutuskan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [En.No. 9/1995] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama islam dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. 
    1. Menerima pendaftaran, mengurus,mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding kes Mal yang melibatkan semua pihak yang beragama islam yang berhubung dengan perkara-perkara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Negeri Selangor. 
    1. Menerima pendaftaran, mengurus, mendengar dan memutuskan semua tindakan Rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah dalam bidang kuasa jenayah dan mal. 
    1. Menentukan orang-orang yang berhak mendapat bahagian dalam harta pusaka dan bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak. 
    1. Mengawasi dan menyemak keputusan Mahkamah Rendah Syariah sekiranya perlu. 
    1. Melaksanakan tindakan bersaling terhadap waran, saman, perintah dan penghakiman sama ada yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Negeri Selangor atau Mahkamah Syariah di Negeri-Negeri lain di Malaysia. 
    1. Melaksanakan dan menguatkuasa perintah dan penghakiman Mahkamah Syariah serta kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Syariah mengikut Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang.

  • Carta Organisasi