Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 05 Mei 2021, 06:50:41.

    Total Visitor 4629

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Aktiviti pelupusan fail adalah salah satu aktiviti rutin yang diadakan pada saban tahun dengan kerjasama dikalangan semua warga kerja. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi meminimumkan ruang penyimpanan fail kes. Pada tahun 2020 fail yang diasingkan bagi tujuan ini adalah fail mal bagi tahun 2003 ke bawah. Hasil daripada pengasingan yang telah di dijalankan di MRSSA, sebanyak 955 fail kes telah disenaraikan sebagai fail yang telah layak untuk dilupuskan. Proses pengasingan bermula pada bulan Julai 2020 sehingga proses pelupusan dan penjilidan yang berakhir pada bulan Disember 2020 setelah mendapat kelulusan dari ARKIB Negara.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Audit Dalam Tahun 2020 bagi MRSSA telah diadakan pada 10-11 Ogos 2020. Auditan ini telah dilaksanakan oleh Pasukan Audit Dalam jabatan bagi memastikan pematuhan terhadap sistem pengurusan kualiti jabatan yang telah dibangunkan. Auditan pada tahun ini diketuai oleh Tuan Abdullah bin Che Hassan bersama-sama dengan 6 orang lagi juruaudit yang telah dilantik oleh jabatan. Julung kali diadakan, hari pertama auditan dibuat secara maya tidak mengganggu aktiviti ini untuk terus dijalankan dalam suasana norma baharu.

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Bermula bulan Mac 2020 iaitu fasa awal Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah menawarkan prosiding diadakan Majlis Sulh secara dalam talian bagi kes-kes yang mempunyai persetujuan bersama. Pada 24 Disember 2020, MRSSA telah berjaya menjalankan Majlis Sulh secara dalam talian atas permohonan pihak-pihak dengan menggunakan aplikasi Skype for Business dan persetujuan Majlis Sulh tersebut juga telah diendorskan di hadapan hakim pada hari yang sama secara dalam talian. Sebagai makluman umum, antara syarat dan tatacara pengendalian Majlis Sulh dalam talian adalah seperti berikut :

  • Pihak-pihak hendaklah membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan menjalani Majlis Sulh secara dalam talian dan menghantar melalui e-mel kepada Mahkamah berkenaan.
  • Majlis Sulh dalam talian akan dilaksanakan pada hari bekerja sahaja dan tertakluk kepada jadual yang ditetapkan oleh Mahkamah.
  • Hanya Pegawai Sulh dan pihak-pihak yang terlibat dengan Majlis Sulh sahaja yang dibenarkan menjalani Majlis Sulh dalam talian. Orang awam, ahli keluarga dan kanak-kanak adalah tidak dibenarkan menyertai Majlis Sulh dalam talian tersebut.
  • Peguam Syarie yang telah dilantik tidak boleh menyertai Majlis Sulh dalam talian, kecuali dengan kebenaran Pengerusi/ Pegawai Sulh.
  • Pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat sepanjang prosiding Majlis Sulh dalam talian berjalan.
  • Pengendorsan Perjanjian Persetujuan di hadapan Hakim akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Mahkamah.
  • Sebarang rakaman secara visual atau audio sepanjang Majlis Sulh dalam talian berjalan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya didapati berlaku, boleh dikenakan tindakan menghina Mahkamah.

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Bermula pada Mei 2020, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menetapkan beberapa garis panduan dalam melaksanakan Perbicaraan secara Fizikal norma baharu bagi menangani penularan wabak Covid-19. Antara garis panduan yang telah diamalkan sewaktu perbicaraan secara fizikal di MRSSA adalah seperti berikut :

 

  1. Menghadirkan diri ke lokasi Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan bagi prosiding perbicaraan
  2. Memastikan kesemua pihak-pihak hadir pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.
  3. Memastikan dokumen pengenalan diri pihak-pihak sebelum diambil keterangan.
  4. Memastikan hanya seorang peguam sahaja bagi satu pihak yang boleh hadir bagi setiap pendengaran. Sekiranya Peguam memerlukan penambahan, permohonan bersama justifikasi hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah sebelum tarikh perbicaraan. Hanya seorang anak guam bagi satu pihak dibenarkan berada di bangunan Mahkamah semasa pendengaran.
  5. Memastikan hanya seorang peguam sahaja bagi satu pihak yang boleh hadir bagi setiap pendengaran. Sekiranya Peguam memerlukan penambahan, permohonan bersama justifikasi hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah sebelum tarikh perbicaraan. Hanya seorang anak guam bagi satu pihak dibenarkan berada di bangunan Mahkamah semasa pendengaran.
  6. Hakim perlulah memulakan dan menamatkan masa sebutan/ perbicaraan berdasarkan masa yang telah ditetapkan.
  7. Membuat keputusan/ penangguhan bagi kes-kes yang didengar pada hari yang sama.
  8. Sekiranya terdapat permohonan penangguhan kes oleh mana-mana pihak, Hakim boleh menggunakan budi bicara dalam membenarkan penangguhan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.
  9. Mahkamah hendaklah menangguhkan sebentar (standown) selama 30 minit sebutan/ perbicaraan sekiranya tempoh bersidang memasuki 2 jam untuk tujuan pengaliran udara di dalam dewan.
  10. Menggalakkan pihak-pihak untuk memilih pendengaran kes secara dalam talian untuk pendengaran kes.
  11. Memastikan pendengaran permohonan dalam kamar hendaklah dibuat di mahkamah terbuka
  12. Memastikan pelanggan melakukan dan sentiasa melakukan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka (facemask) dipatuhi di kalangan pelanggan yang berada di dalam dewan perbicaraan.
  13. Memastikan semua yang memasuki dewan bicara Scan QR Code SELangkah dan melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan.
  14. Memastikan hanya pihak-pihak termasuk saksi yang berkaitan dengan kes yang dipanggil berada di dalam dewan perbicaraan.
  15. Mengeluarkan notis makluman sebutan/ perbicaraan hendaklah ditetapkan secara masa berperingkat (staggered timing).
  16. Memastikan bilangan pelanggan yang berada di dalam galeri awam dalam dewan bicara mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan
  17. Memastikan pihak-pihak segera meninggalkan dewan bicara selepas selesai sebutan/ perbicaraan
  18. memastikan pihak-pihak berjalan melalui laluan masuk dan keluar yang dibuka untuk berurusan di dalam dewan perbicaraan.
  19. Memastikan pihak-pihak menyahkuman tangan sebelum masuk dan semasa meninggalkan dewan bicara.