Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 24 Mei 2022, 08:48:52.

    Total Visitor 19793

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Program Munaqasyah Kes Peceraian Melalui Hakam

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

01 November 2021/25 Rabi'ul Awwal 1443H - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada hari ini telah menganjurkan program Munaqasyah Kes Perceraian Melalui Hakam Di Mahkamah Syariah Selangor Bersama Jabatan Mufti Selangor bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor.

Munaqasyah tersebut telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Hj Mohammad Adib bin Hj. Husain, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan turut dihadiri oleh S.S. Prof. Madya Dr. Hj. Miszairi Bin Hj. Sitiris, Timbalan Mufti Selangor serta Pegawai dari Jabatan Mufti Selangor.
Antara yang turut hadir bersama di dalam program Munaqasyah tersebut Tuan Che Saupi bin Che Husin dari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Dr. Zulkefli Bin Aini Ahli Jawatankuasa Hakam Selangor dan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah Selangor.

YAA Dato’ Haji Mohammad Adib bin Haji Husain dalam ucapan aluannya telah  berterima kasih di atas kehadiran semua peserta dalam memberi cetusan idea, buah fikiran dan cadangan-cadangan yang membina untuk kemajuan pelaksanaan Hakam di Negeri Selangor.

YAA Dato’ dalam ucapannya antara lainnya menyatakan munaqasyah ini diadakan bertujuan sebagai medium perbincangan dalam usaha Jabatan Kehakiman Syariah Selangor untuk memuktamadkan cadangan pindaan Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) 2014. Walaupun pada prinsipnya banyak cadangan terhadap pindaan tersebut diselesaikan, namun masih terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat dan dibincangkan bagi memastikan keadilan dapat dicapai oleh semua pihak.

Antara isu yang dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam Munaqasyah ini ialah berkaitan isu rayuan terhadap keputusan kes Hakam, isu perlantikan Hakam Wanita dan Sabitan Shiqaq. Program Munaqasyah ini berakhir pada sebelah petang dengan beberapa keputusan berjaya dicapai untuk dipertimbang dan dilaksanakan sebelum cadangan pindaan Kaedah-Kaedah Hakam dimuktamadkan - Bahagian Penyelesaian Alternatif ADR, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor