

30 Ogos 2021 (Isnin) bersamaan 21 Muharam 1443H, warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah bersama-sama menyertai program MALAYSIA #QURANHOUR yang diadakan secara atas talian bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 1.00 petang.
Program ini telah diadakan secara langsung dari facebook TVAlhijrah dan disertai oleh 89 orang wargakerja dari pelbagai lokasi. Program satu jam bersama al-Quran ini diadakan sempena Hari Kemerdekaan 2021.
Program ini memberikan panduan berinteraksi berdasarkan Surah Al-Mulk dan 7 surah Musabbihat sebagai formula Malaysia berbudi dan penyayang. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Dato’ Mohammad Adib bin Husain. Ketua Hakim Syarie di akhir program mengingatkan wargakerja agar sentiasa menjadikan al quran sebagai bacaan harian dan semoga mendapat intipati yang baik dari surah-surah yang dibacakan dalam program tersebut. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik dan secara keseluruhannya program dapat dilaksanakan dengan lancar