Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Selasa 24 Mei 2022, 08:48:52.

    Total Visitor 19781

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 13 Mei 2022 bersamaan 12 Syawal 1443H (Jumaat), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021, Jasamu Dikenang, Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2022 Serta Pelancaran Pelan Strategik Dan Sistem E-Trace yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam . Syabas dan tahniah diucapkan kepada wargakerja MRS Hulu Selangor, iaitu Puan Shasaliza binti Kosenin (berdiri tiga dari kanan) kerana telah menerima anugerah utama iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2021. Semoga ini menjadi satu suntikan semangat kepada kakitangan lain untuk berusaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di JAKESS. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan serta meraikan mereka yang telah bertungkus lumus memberi khidmat dan sumbangan kepada JAKESS. Turut hadir bersama pada majlis tersebut Ketua Pejabat MRS Hulu Selangor, Tuan Abdul Halim bin Abu Samah serta tiga lagi kakitangan yang lain.

Kadar pengguna: 2 / 5

bintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Pada 13 - 20 September 2021, Unit Penyelidikan dan Pusat Sumber Jabatan Kegakiman Syariah Selangor, telah mengadakan pertandingan "Parent-Child Cooking Challenge" sempena program cuti sekolah. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bersama anak-anak mereka yang berumur diantara 4 hingga 7 tahun. Pada 24 September 2021 yang lalu, pengumuman pertandingan tersebut telah dimumkan. Muhammad Khalish Amsyar iaitu anak kepada kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor Puan Nurliyana binti Miswan telah dinobatkan sebagai Juara pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan.

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor Puan Syahmi Syahirah binti Mohd Sahit bersama pasangannya Encik Mohd Adam bin Mohamad Ismail yang telah dilangsungkan pada 4 September 2021 (Sabtu) bersamaan 26 Muharam 1443H jam 2:00 petang bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Selamat menempuh alam perkahwinan dan semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

.بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

25 Ogos 2021 - Pada hari Rabu 25 Ogos 2021 merupakan hari terakhir Puan Noranizan Binti Mohd Sufian bertugas sebagai Pegawai Sulh di MRS Hulu Selangor. Bermula pada bulan September 2021, Tuan Norhazli Bin Rahim akan bertugas sebagai Pegawai Sulh di lokasi ini.  Semua kakitangan MRS Hulu Selangor mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya. 

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

23 Jun 2021 - Sebagai menyambut baik saranan pihak Jabatan, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menjalankan perbicaraan kes secara atas talian di hadapan Hakim Syarie Tuan Abd Halim Bin Abu Samah bagi kes pengesahan lafaz talak, perceraian, permohonan wali raja dan keputusan kes gantirugi perkahwinan. Sidang perbicaraan ini telah di adakan di lokasi masing-masing dengan menggunakan aplikasi Google Meet.