
Pada 28hb September 2021 bersamaan hari Selasa yang lalu Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat sempena lawatan "Hari Bersama Kakitangan" Siri 1 Tahun 2021 bagi membuat penyemakan dan pengemaskinian pengurusan Buku Perkhidmatan kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Seramai dua orang pegawai daripada Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor telah hadir. Seluruh kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat juga hadir. Memandangkan negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, bagi membantu usaha-usaha kerajaan dalam menangani penularan virus ini maka kerjaan telah membuat penetapan "SOP" iaitu di antaranya penjarakan sosial dan tidak dibenarkan kehadiran jumlah orang ramai di satu tempat dalam satu masa yang sama. Sehubungan dengan itu, pihak lokasi perlulah membuat jadual kehadiran secara bergilir untuk tempoh 1 hari (giliran setiap 2 jam dengan kapasiti 40% daripada jumlah penuh lokasi) ketika sesi lawatan ini dilaksanakan di lokasi yang berkaitan.