
Pada 9 Ogos 2021 yang lalu Unit Pembangunan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor bersama-sama kontraktor yang dilantik telah melakukan proses baik pulih pagar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Kerja-kerja baik pulih pagar tersebut termasuk lah pintu pagar, pagar besi (tembok) dibahagian hadapan bangunan mahkamah dan pagar kawat hijau dibahagian belakang bangunan mahkamah. Keseluruhan pagar besi (tembok) hadapan bangunan telah digantikan dengan pagar besi yang baru dengan reka bentuk yang lebih moden dan cantik serta lebih kukuh. Unit Pembangunan bersama-sama kontraktor juga telah melakukan proses mengecat semula seluruh tembok-tembok batu pagar serta menggantikan papan tanda lama dengan papan tanda yang baru. Proses baik pulih pagar telah mengambil masa lebih kurang seminggu untuk disiapkan. Warga kerja Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Pembangunan JAKESS serta Jabatan Kehakiman Syariah Selangor di atas kelulusan dan kerja-kerja yang telah dilakukan.