Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 05 Mei 2021, 06:50:41.

    Total Visitor 4634

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

PROGRAM KONGSI REZEKI MRS GOMBAK BARAT

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

Pada 29hb Januari 2021 bersamaan 16 Jamadilakhir 1441H (Jumaat), Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat telah menganjurkan satu program bantuan khidmat masyarakat iaitu "Program Kongsi Rezeki". Program bantuan ini dibuat adalah bertujuan untuk memberikan bantuan kepada keluarga-keluarga yang terkesan dan terjejas punca pandapatan akibat daripada pandemik Covid19. InsyaAllah program bantuan ini akan diadakan beberapa kali secara berperingkat dan sebagai peringkat permulaan, MRS Gombak Barat telah menyasarkan program bantuan yang pertama ini kepada keluarga-keluarga di sekitar kawasan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di daerah Kuang. Sebanyak 15 buah keluarga yang terkesan telah terpilih untuk menerima bantuan ini.  Bantuan-bantuan yang diberikan adalah berupa barang keperluan asas harian seperti minyak masak, beras, susu, gula, kopi, biskut dan lain-lain lagi. Dana bagi program bantuan ini adalah hasil kutipan dan sumbangan daripada warga kerja MRS Gombak Barat sendiri serta ahli-ahli keluarga dan kenalan daripada pegawai dan kakitangan MRS Gombak Barat. Pengagihan bermula pada sekitar jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam lebih kurang 1:00 petang dengan dihadiri oleh beberapa pegawai dan kakitangan MRS Gombak Barat. Program bantuan ini berlansung dengan mengikut SOP ketat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dengan mematuhi penjarakan sosial dan pemakaian topeng muka. Sepanjang program bantuan ini berlangsung, kehadiran pegawai dan kakitangan yang terlibat di dalam membuat agihan ini telah disambut dengan baik dan mesra oleh ahli-ahli keluarga tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja MRS Gombak Barat di atas kejayaan menganjurkan program bantuan ini. Semoga Allah membalas jasa dan budi baik  tuan-tuan dan puan- puan yang memberikan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak Covid19 dan semoga seluruh ahli keluarga yang terkesan diberikan kesabaran, perlindungan serta diringankan bebanan. Semoga program bantuan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.