
Pada 13 Mei 2022 bersamaan 12 Syawal 1443H (Jumaat), Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021, Jasamu Dikenang, Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2022 Serta Pelancaran Pelan Strategik Dan Sistem E-Trace yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Syabas dan tahniah diucapkan kepada wargakerja MRS Gombak Barat, iaitu Puan Hjh Ana Faiza binti Md Nor (berdiri dua dari kiri) kerana telah menerima anugerah utama iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2021. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Puan Siti Hajar binti Roslan (berdiri di hujung kiri) yang telah menerima dua anugerah iaitu Anugerah Khas Ketua Hakim Syarie dan Anugerah Tokoh Sukan (Perempuan). Semoga ini menjadi satu suntikan semangat kepada kakitangan lain untuk berusaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan di JAKESS. Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan serta meraikan mereka yang telah bertungkus lumus memberi khidmat dan sumbangan kepada JAKESS. Turut hadri bersama pada majlis tersebut Ketua Pejabat MRS Gombak Barat Tuan Mohd Faizal bin Habib, Pegawai Sulh MRS Gombak Barat Tuan Norhazli bin Rahim serta dua lagi kakitangan yang lain.

