
Pada 8hb April 2022 bersamaan 07 Ramadhan 1443H (Jumaat), Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat telah sekali lagi,untuk kali yang ke-3, melaksanakan "Program Kongsi Rezeki 3.0". Program ini dibuat adalah bertujuan untuk memberikan bantuan kepada keluarga-keluarga yang terkesan dan terjejas punca pandapatan akibat daripada pandemik Covid19. Sebanyak 10 buah keluarga telah terpilih untuk menerima bantuan ini. Bantuan-bantuan yang diberikan adalah berupa wang tunai dan barang keperluan asas harian seperti minyak masak, beras, susu, gula, kopi, biskut dan lain-lain lagi. Dana bagi program bantuan ini adalah hasil kutipan dan sumbangan daripada warga kerja MRS Gombak Barat sendiri serta ahli-ahli keluarga dan kenalan daripada pegawai dan kakitangan MRS Gombak Barat. Pengagihan bermula pada sekitar jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam lebih kurang 12:00 tengah hari dengan dihadiri oleh beberapa pegawai dan kakitangan MRS Gombak Barat. Sepanjang program bantuan ini berlangsung, kehadiran warga kerja MRSGB telah disambut dengan baik dan mesra oleh ahli-ahli keluarga tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja MRS Gombak Barat di atas kejayaan menganjurkan program bantuan ini. Semoga Allah membalas jasa dan budi baik tuan-tuan dan puan- puan yang memberikan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga program bantuan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.