Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
  • Alamat

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Rabu 05 Mei 2021, 06:50:41.

    Total Visitor 4648

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

11 Mac 2021 - Telah diadakan "MESYUARAT PEGAWAI DAN KAKITANGAN MRS KLANGyang dipengerusikan oleh Tuan Mohd Hairuddin Bin Ab. Rahim. Mesyuarat ini diadakan secara berkala bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan disamping menyampaikan sebarang makluman daripada pihak Jabatan. Mesyuarat Bil 1/2021 membincangkan isu mengenai perkhidmatan Mahkamah sepanjang tempoh pendemik Covid-19. Semoga warga MRS Klang dapat memperbaiki dan menambahbaik dalam mutu perkhidmatannya kepada orang awam.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

2 Julai 2020 - Mahkamah Rendah Syariah Klang telah mengadakan "Siri Kelas Tafaquh" bagi hakim-hakim di MRS Klang. Tujuan kelas tafaquh ini diadakan supaya hakim-hakim dapat bertukar pandangan disamping menambahkan ilmu pengetahuan semasa mengendalikan kes-kes di Mahkamah ini. Kelas Tafaquh ini diadakan hasil cetusan idea dari ketua pejabat, Tuan Mohd Hairuddin bin Ab Rahim. Inisiatif ini akan diteruskan dan akan diadakan secara berkala. 

 

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

12 Jun 2020 - Mahkamah Rendah Syariah Klang telah mengadakan "Majlis Pertukaran Pegawai dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri" bagi meraikan jasa dan bakti pegawai – pegawai MRS Klang yang berpindah ke lokasi baru. MRS Klang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Ali Najmi bin Mohd Noordin dan YM Tengku Mohd Fahmi bin Tengku Nasaruddin atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan kepada MRS Klang. 

Selain itu,  telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi peringkat MRS Klang. Majlis ini diadakan secara dalaman dan tertutup bagi mengikut saranan kerajaan dalam mengatasi pandemik covid-19. 

#kitajagakita 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

 

9 Julai 2020 - Telah diadakan "LAWATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN" yang diketuai oleh PBT Ahmad Fauzi bersama 8 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Klang. Lawatan ini bertujuan pihak Bomba dan Penyelelamat dapat mengenal pasti sistem keselamatan yang ada di Mahkamah ini berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik. MRS Klang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Klang dalam usaha memastikan warga kerja MRS Klang dalam keadaan yang selamat.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra"

 

 

Tidak diterbitkan
Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Assalamualaikum wbt

Untuk maklumat umum, talian telefon MRS Klang mengalami kerosakan. Sebagai alternatif, MRS Klang boleh dihubungi melalui talian sementara 019-2158415 @ 016-6838236.

Sekian, harap maklum. Terima Kasih.