button
  • Alamat

    qrcode

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

    Persiaran Masjid, Seksyen 5

    40000 Shah Alam

    Selangor Darul Ehsan

    Tel : (603) 55191291 / 55191294 / 55191304 / 55113708

    Faks : (603) 55105620

    Pautan Agensi

    bpa spa sprm mygov lhdn mygov mdec mdec1 ksn

    Sitemap

    Paparan terbaik menggunakan :

    IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas.

    ::Hak Cipta Terpelihara © 2014. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor:: 

    • Tarikh kemaskini: Khamis 30 Mac 2023, 04:48:14.

    Total Visitor 331

    Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Berita

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

7 Mac 2023, Selasa - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah dijemput untuk membuka Booth Pameran sempena Forum Kekeluargaan dan Pencerahan Undang-Undang Anjuran Bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Wanita MAIS yang diadakan di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program tersebut telah dirasmikan oleh YAD Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan dihadiri perserta di kalangan pegawai dan kakitangan dari Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Selain booth pameran JAKESS, terdapat booth pameran dari Agensi-Agensi Agama Islam Negeri Selangor yang lain. YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, turut sempat meluangkan masa untuk hadir ke booth pameran JAKESS.

#jakess #syariahasaskeadilan

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

3 Mac 2023, Jumaat - Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berbesar hati menerima lawatan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Tengah seramai 10 orang bersempena Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diketuai oleh Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah. Lawatan daripada JPK Wilayah Tengah tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih terperinci proses pelaksanaan amalan EKSA di JAKESS. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mohd Syarizal bin Mohd Annoer, Setiausaha Jawatankuasa EKSA dan ucapan balas dari Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah. Perkongsian amalan EKSA JAKESS telah disampaikan oleh Puan Nurulsuhada binti Khairudin selaku Penolong Penyelaras EKSA. Peserta seterusnya dibawa melawat ke beberapa zon yang berada di Bangunan Ibu Pejabat JAKESS. Turut bersama dalam program ini adalah semua wakil ketua setiap zon dan ketua-ketua jawatankuasa EKSA JAKESS.

#jakess #syariahasaskeadilan

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

BAYARAN TANPA TUNAI DI SEMUA LOKASI JAKESS Berkuatkuasa pada 1 Februari 2023 semua urusan pembayaran di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) menggunakan bayaran tanpa tunai (cashless) atau e-Payment sepenuhnya di Ibu Pejabat atau Mahkamah Rendah Syariah Selangor. Para pelanggan boleh menggunakan mod pembayaran tanpa tunai seperti kad kredit dan kad debit di seluruh lokasi. Transaksi tanpa tunai terbukti lebih mudah, selamat dan cepat selaras dengan aspirasi JAKESS bagi mendigitalisasikan sepenuhnya urusan di JAKESS.

#jakess #syariahasaskeadilan #kitaselangor

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) telah melancarkan satu produk inovasi bagi sistem pengiraan nafkah anak yang dikenali sebagai e-Naf. Produk inovasi ini dihasilkan bagi membantu pelanggan Mahkamah secara khususnya dalam menentukan kadar nafkah anak. Sistem e-Naf telah dilancarkan secara rasminya pada 15 Disember 2022 oleh Exco Agama Islam, Pengguna & Industri Halal, YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni di dalam Persidangan Komuniti Sulh dan Rakan Sokongan Keluarga (BSK) Tahun 2022. Sistem e-Naf ini adalah kalkulator pertama yang dibangunkan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia dengan berteraskan kepada Arahan Amalan JKSM No. 5 Tahun 2019 dan Arahan Ketua Hakim Selangor No.1 Tahun 2021 disamping melihat kepada beberapa contoh sistem pengiraan dari luar negara. Inisiatif JAKESS ini juga amat bertepatan dengan kehendak Arahan Amalan No. 6 Tahun 2022 JKSM iaitu keperluan pemfailan kes tuntutan nafkah anak bersama kes tuntutan permohonan perceraian atau pembubaran perkahwinan (dengan kehadiran suami), yang boleh membantu pelanggan dalam menganggarkan jumlah tuntutan bagi nafkah anak. JAKESS berharap dengan adanya sistem e-Naf ini ianya dapat membantu pelanggan Mahkamah menentukan kadar nafkah anak yang sewajar dapat dicapai. #jakess #syariahasaskeadilan #KIK #kitaselangor

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Sekitar lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang disertai oleh 28 pelajar semester empat Diploma tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat dari Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Lawatan diiringi Tuan Muhammad Fahmi bin Mohamad Soen, Penolong Pengarah Unit kemahiran Insaniah Darul Quran JAKIM dan disambut oleh YA Tuan Salehan bin Yatim, Ketua Pendaftar JAKESS serta pegawai dan kakitangan JAKESS. Lawatan tersebut bertujuan bagi mendedahkan para pelajar melalui sesi soal jawab dan lawatan sesi perbicaraan yang dijalankan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah sekali gus membolehkan para pelajar memahami proses dan prosedur yang dijalankan di Mahkamah.

#jakess #syariahasaskeadilan #kitaselangor